web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandalela Terlepas Kelayakan Olimpik Acara 10M Platform

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 9:02AM

Datuk Pandelela Rinong. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemenang dua pingat Sukan Olimpik Datuk Pandelela Rinong, terlepas peluang untuk layak ke acara 10 meter (m) platform Sukan Olimpik Paris 2024, selepas persembahan hambar pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, hari ini.

Pandelela hanya menduduki tempat ke-29 dengan 231.15 mata, ketinggalan 204.05 mata di belakang juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata).

Hanya 18 penerjun terbaik pusingan awal layak ke separuh akhir yang akan berlangsung esok dan kekal dalam persaingan untuk 12 tiket kelayakan ke Sukan Olimpik yang ditawarkan pada kejohanan itu.

12 penerjun terbaik dari Kejohanan Dunia Fukuoka 2023 telah pun layak ke Paris 2024, manakala satu lagi slot untuk juara benua yang masih belum ditentukan.

Seorang lagi wakil negara, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj turut terlepas kelayakan Paris selepas menduduki tempat ke-44 dalam kalangan 46 peserta, dengan hanya mengumpul 167.55 mata.

Pandelela, 30, yang menang gangsa 10m platform pada Sukan Olimpik London 2012 dan perak acara 10 platform seirama wanita dengan Cheong Jun Hoong pada Sukan Rio 2016, mengharapkan untuk beraksi di Sukan Olimpik kelima berturut-turutnya, sejak penampilan sulungnya pada edisi Beijing 2008.

Walaupun terlepas kelayakan dalam acara individu, Pandelela masih berpeluang  layak menerusi acara 10m platform seirama wanita, apabila berpasangan dengan Nur Dhabitah Sabri pada Selasa.

Empat tempat Olimpik ditawarkan untuk acara seirama di Doha, selepas tiga telah diambil semasa edisi Fukuoka. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad