web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekal Rekod Tanpa Kalah, Peluang Thailand Ke Pusingan Kalah Mati Cerah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 10:16AM

Thailand ketika ini mengumpul empat mata di posisi teratas kumpulan dengan Arab Saudi - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Jaguh Asia Tenggara Thailand mengekalkan rekod tanpa kalah selepas berjaya menyekat Oman daripada meraih tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua Kumpulan F saingan Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah bin Khalifa di sini, malam tadi.

Keputusan itu mencerahkan lagi peluang skuad Gajah Perang untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua berturut-turut selepas edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (VAE) menjelang aksi terakhir kumpulan bertemu juara tiga kali. Arab Saudi, Khamis ini.

Thailand, bimbingan pengendali dari Jepun, Masatada Ishii ketika ini mengumpul empat mata di posisi teratas kumpulan dengan Arab Saudi berpeluang memintas kedudukan itu sekiranya berjaya menewaskan Kyrgyzstan.

Pada perlawanan pembukaan Selasa lalu, Thailand mengalahkan Kyrgyzstan 2-0.

Pada pertembungan Oman dan Thailand di sini, perlawanan seimbang di separuh masa pertama, namun Thailand terlebih dahulu mengancam kubu lawan menerusi tandukan deras pemain pertahanan Elias Dolah berpunca sepakan penjuru pada minit ke-16.

Namun, percubaan itu berjaya diselamatkan penjaga gol Ibrahim Al Mukhaini untuk pemain tengah Abdullah Fawaz pantas mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya sebelum giliran penyerang Issam Al Sabhi menguji Patiwat Khammai di gawang menerusi rembatan yang tepat ke arahnya pada minit ke-20.

Fawaz kemudian terlepas peluang meletakkan Oman yang dibimbing Branko Ivankovic di depan apabila percubaan kaki kanannya selepas menerima hantaran Harib Al Saadi, melambung tinggi pada minit ke-31 dan kedudukan 0-0 kekal sehingga waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Oman, yang tewas 1-2 di tangan Arab Saudi pada aksi pembukaan Selasa lepas, lebih garang dalam usaha memburu kemenangan tetapi Thailand terlebih dahul membuat percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang muda Supachai Chaided yang sedikit tersasar pada minit ke-55.

Oman yang terdesak terlepas beberapa peluang untuk memecah kebuntuan antaranya rembatan pemain pertahanan Khalid Al Braiki pada minit ke-72 yang tersasar ke sebelah kanang gawang, selain tandukan pemain gantian Omer Al Malki yang tepat ke arah Patiwat pada minit ke-85.

Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Oman, pasukan ke-74 dunia, meraih mata pertama pada kempen kali ini dan perlu meraih kemenangan apabila membuat perhitungan menentang Kyrgyzstan pada aksi terakhir, Khamis ini.

Thailand yang menghuni ranking ke-113 pula perlu mengelak daripada tewas atau sekurang-kuranganya memerlukan keputusan seri berdepan Arab Saudi untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad