web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Salah Sesiapa Kecuali Saya - Pan Gon

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 11:17AM

Kim Pan Gon - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AL RAYYAN (QATAR) - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas
kegagalan Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 selepas tewas 0-1 kepada Bahrain pada perlawanan kedua Kumpulan E di sini, malam tadi.

Kekalahan di Stadium Jassim bin Hamad itu menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik apabila merakam dua kekalahan berturut-turut selepas tumpas 0-4 kepada Jordan, Isnin lepas.

Jurulatih dari Korea Selatan berusia 54 tahun itu tidak menyalahkan sesiapa kecuali dirinya yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap barisan pemain untuk cuba mencipta kejutan dan sejarah di sebalik realiti di atas kertas.

"Tiada apa yang salah, di sinilah kami berada, mungkin sebagai jurulatih saya silap. Saya mempunyai terlalu banyak jangkaan...memberi terlalu banyak impian kepada pemain saya kepada orang ramai (rakyat Malaysia), itu masalah saya.

"Tiada apa-apa (salah) daripada FA (Persatuan Bolasepak Malaysia), daripada pemain atau orang ramai, ini masalah jurulatih," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya di mana silapnya selepas Malaysia menikmati rekod prestasi memberangsangkan menjelang kempen di sini, selain membuat persiapan rapi dengan menjalani kem latihan pusat selama tiga minggu termasuk dua minggu di Doha.

Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, Pan Gon merasakan Malaysia sekurang-kurangnya mampu mencatat keputusan seri, selain menganggap anak buahnya gagal untuk mendominasi permainan.

Namun, dari sudut positif beliau melihat penampilan Malaysia pada edisi kali ini memberi pengalaman berguna kepada pemain muda yang masih berpeluang beraksi pada edisi akan datang selepas ini.

Pemain tengah Ali Madan muncul wira Bahrain apabila menjaringkan gol kemenangan skuad Dilmun's Warriors bimbingan Juan Antonio Pizzi pada minit-minit akhir masa kecederaan separuh masa kedua yang menyaksikan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed gagal menyelamatkan bola dari sudut yang mudah.

Kemenangan pertama dalam kempen itu menghidupkan peluang Bahrain untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik sekali gus menyamai pencapaian edisi 2019.

Malaysia akan melengkapkan baki saingan kumpulan bertemu juara dua kali Korea Selatan manakala Bahrain akan membuat perhitungan dengan Jordan, masing-masing pada Khamis ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar