web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen Harimau Malaya Di Qatar Berakhir Dengan Pilu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 7:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AL RAYYAN (QATAR) - Malaysia tersingkir daripada kempen Piala Asia 2023 selepas tumpas 0-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E yang cukup mendebarkan di Stadium Jassim bin Hamad di sini, malam tadi.

Jaringan tunggal penyerang Bahrain, Ali Madan pada penghujung permainan memusnahkan peluang Harimau Malaya mengintai kemaraan ke pusingan 16 terakhir.

la kekalahan kedua dicatat skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon selepas tewas 0-4 kepada Jordan Isnin lalu sekali gus akan melengkapkan baki saingan kumpulan dengan menentang juara dua kali Korea Selatan, Khamis ini.

Pada pertembungan sulung kedua-dua pasukan di pentas Piala Asia itu, empat pertukaran dibuat Kim Pan Gon dalam kesebelasan utama menyaksikan pasukan negara yang turun serba kuning tampil dengan persembahan yang menyakinkan.

Empat pertukaran itu melibatkan Mohd Shahrul Mohd Saad dan Dominic Tan di bahagian pertahanan, manakala Mohamed Syamer Kutty Abba di bahagian tengah dan Paulo Josue sebagai penyerang tunggal dalam formasi 5-4-1.

Malaysia memiliki peluang terbaik mendahului pada minit ke-16 menerusi gerakan Mohamad Faisal Abdul Halim yang melorongkan bola ke Josue yang gagal menyudahkannya sebelum bola muntah disambar Arif Aiman Mohd Hanapi tetapi rembatannya ditampan keluar penjaga gol Ebrahim Lutfalla.

Pasukan negara terus mengancam kubu pertahanan lawan dengan Arif Aiman sedikit lewat untuk menyambar hantaran lintang Josue pada minit ke-19 sebelum hantaran lintang pemain pertahanan kanan, Matthew Davies dari sebelah kiri gawang sedikit melewati palang pada minit ke-28.

Gawang negara kemudian cemas seketika apabila pemain tengah Komail Alaswad melepasi kawalan pertahanan dalam kotak penalti sebelum
Dion Cools dan Dominic tampil menyelamatkan keadaan tatkala Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sudah tertewas pada minit ke-31.

Selepas 45 minit pertama permainan dilihat lebih memihak Malaysia, Bahrain tampil lebih garang pada separuh masa kedua dengan tandukan Abdulla Yusuf yang menerima hantaran Alaswad dalam kotak penalti sedikit melewati tiang pada minit ke-56.

Perlawanan menjadi mendebarkan di penghujung permainan apabila voli Davies dari kiri gawang yang menerima hantaran pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid melambung tinggi pada minit ke-90.

Bahrain yang dibimbing Juan Antonia Pizzi pula terlepas peluang keemasan untuk 'mematikan' perlawanan di awal masa kecederaan babak kedua selepas gerakan satu dua ke dalam kotak penalti gagal disudahkan pemain tengah gantian Ali Hasan yang diselamatkan Ahmad Syihan.

Bagaimanapun, Bahrain berhasil merobek gawang negara menerusi rembatan pemain tengah Ali Madan berpunca dari sepakan sudut, yang gagal diselamatkan Ahmad Syihan sekali gus menghidupkan peluang skuad Dilmun's Warriors dalam memburu tempat ke pusingan 16 terbaik.

Dalam pada itu, Jordan mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik biarpun tidak bernasib baik untuk melakar kemenangan selepas seri 2-2 menentang juara dua kali Korea Selatan pada satu lagi aksi Kumpulan E di Stadium Al Thumama di Doha.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Yazan Al Arab pada masa kecederaan babak kedua meranapkan impian Jordan untuk meraih tiga mata kedua selepas skuad bimbingan Hussein Ammouta mendahului menerusi jaringan sendiri Park Yong Woo pada minit ke-37 dan penyerang Yazan Al Naimat.

Terdahulu pemain bintang Tottenham Hotspur, Son Heung Min meletakkan skuad Taegeuk Warriors bimbingan Jurgen Klinsmann di depan seawal minit kesembilan sekali gus meraih jaringan pertamanya pada kempen kali ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad