web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Australia Jinak India 2-0 Pada Aksi Pembukaan Kumpulan B

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 8:38AM

Aksi pembukaan Kumpulan B Piala Asia menyaksikan India tumpas 2-0 kepada Australia. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA -Juara 2015, Australia meraih permulaan sempurna selepas tidak berdepan masalah menewaskan India 2-0 pada aksi pertama Kumpulan B saingan Piala Asia 2023 di Stadium Ahmed Bin Ali di Bandar Al Rayyan, kira-kira 22 kilometer (km) dari sini, semalam.

Skuad Socceroos bimbingan Graham Arnold bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk menghasilkan jaringan masing-masing menerusi Jackson Irvine dan pemain gantian Jordan Bos selepas buntu mencipta gol di sebalik penguasaan penuh sejak sepak mula.

Pada pertembungan pertama kedua-dua pasukan itu sejak 2011, Australia lebih mendominasi permainan dengan melancarkan serangan berbahaya yang menyaksikan penjaga gol India Gurpreet Singh Sandhu terpaksa bekerja keras mempertahankan gawang sepanjang 45 minit pertama.

Namun, gawang India akhirnya bolos selepas bola hantaran lintang yang gagal ditumbuk kemas Gurpreet singgah ke kaki Irvine untuk pemain tengah FC St. Pauli itu tenang menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-51.

Australia menggandakan kedudukan apabila Bos yang masuk menggantikan Craig Goodwin bijak menghidu ruang dalam kotak penalti untuk memanfaatkan hantaran Riley McGree pada minit ke-73 sekali gus mengesahkan kemenangan.

Bercakap selepas perlawanan, kapten Australia, Mathew Ryan, berasa lega dengan tiga mata selepas perlawanan sengit itu.

“Perkara yang paling penting adalah memulakan pertandingan dengan kemenangan, menyertai kejohanan besar seperti ini terdapat sedikit tekanan pada keputusan pertama. Kami mahu menunjukkan persembahan positif dan ada sedikit kelemahan yang akan kami perbaiki. Tetapi perlawanan pembukaan yang baik dan akan belajar daripadanya.

“Fokus kami akan beralih kepada perlawanan dengan Syria. Kami tahu mereka pasukan yang baik, tetapi saya yakin kami akan memberikan persembahan yang lebih baik dalam perlawanan seterusnya," katanya kepada penyiar rasmi.

Dalam pada itu, perlawanan Australia menentang India menyaksikan sejarah tercipta apabila Yoshimi Yamashita dari Jepun menjadi pegawai perlawanan wanita pertama yang mengadili aksi pada pusingan akhir Piala Asia.

Australia seterusnya akan menentang Syria manakala India akan membuat perhitungan bertemu Uzbekistan dalam usaha menghidupkan peluang kepusingan kalah mati,masing-masing pada 18 Januari.

Dalam pada itu, China dan Tajikistan terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat tanpa jaringan pada aksi Kumpulan A di Stadium Abdullah Bin Khalifa.

China akan bertemu Lubnan yang tewas 0-3 pada aksi sulung menentang Qatar semalam manakala Tajikistan bakal membuat perhitungan dengan pasukan tuan rumah, masing-masing pada 17 Januari. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad