web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik Teruskan Cabaran Negara Punah 

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 9:03AM

Aksi regu lelaki negara yang juga pilihan ketiga kejohanan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang regu Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.

Selama dua tahun kejohanan berlangsung, tiada pemain badminton negara dapat beraksi di separuh akhir Terbuka Malaysia selepas harapan Malaysia yang tinggal, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di suku akhir beregu lelaki kepada Juara Dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 21-16, 18-21, 13-21, di sini malam tadi.

Wakil terakhir Malaysia yang menjadi Juara Jelajah Dunia Super 1000 itu adalah Datuk Lee Chong Wei yang memenangi mahkota perseorangan lelaki ke-12nya pada edisi 2018.

Dalam pertemuan suku akhir malam tadi di Arena Axiata yang hampir penuh dengan penyokong, Aaron-Wooi Yik menggembirakan penyokong Malaysia dengan kemenangan 21-16 dalam set pertama tetapi beregu nombor tiga dunia itu gagal mengekalkan momentum dan membolehkan beregu Korea Selatan itu memenangi set kedua dan memaksa kepada perlawanan penentuan.

Walaupun memberikan tentangan sengit pada peringkat awal, Aaron- Wooi Yik gagal mengatasi kemaraan Min Hyuk-Seung Jae untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik mereka.

Pencapaian terbaik Malaysia sejak kemenangan Chong Wei pada 2018 ialah penampilan beregu lelaki Aaron-Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam separuh akhir edisi 2022.

Terdahulu, beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir buat kali ketiga berturut-turut dalam suku akhir selepas tewas 15-21, 9-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, hari ini.

Dalam satu wawancara selepas perlawanan, Aaron berkata, keterujaan untuk menang membawa padah kepada mereka.

"Saya rasa perlawanan hari ini kami bermula dengan baik tetapi dalam set kedua kami sangat teruja untuk menang dan hilang tumpuan," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Aaron berkata, beliau berharap untuk dapat kembali konsisten dalam kejohanan akan datang, menyasarkan matlamat utamanya, Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Dalam perlawanan separuh akhir esok, beregu pilihan keenam kejohanan Min Hyuk-Seung Jae akan berhadapan beregu pilihan kedua Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India yang menundukkan wakil China He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-11, 21-8 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Sementara itu, Juara Bertahan Perseorangan Lelaki, Viktor Axelsen dari Denmark bangkit daripada ketinggalan dalam set pertama dengan menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long 16-21, 21-18, 21-9 untuk melangkah ke separuh akhir.

Axelsen yang juga pemain nombor satu dunia menjelaskan kemenangan beliau hari ini adalah lebih baik daripada kemenangannya dengan keputusan 21-17, 20-22, 21-17 dalam pusingan kedua ketika berhadapan Lee Cheuk Yiu juga dari Hong Kong.

Pemain Denmark itu juga memuji Angus yang tabah bertarung dengannya selama 61 minit.

Axelsen akan bertemu pemain pilihan ketujuh Shi Yu Qi dalam separuh akhir selepas wakil China itu menundukkan rakan senegara Lu Guang Zu 8-21, 21-11, 21-10 dalam perlawanan suku akhir. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad