web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hannah Minta Mohamad Norza Pertimbang Keputusan Letak Jawatan Presiden BAM

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:21PM

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh secara terbuka meminta Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mempertimbangkan semula keputusan untuk melepaskan jawatannya, pada hujung tahun ini.

Menurut Hannah Sukan Olimpik Paris 2024 hanya tinggal beberapa bulan lagi dan sukan badminton membentuk blok majoriti atlet dalam program Road To Gold (RTG).

"Kita perlu fokus dan mengurangkan gangguan semasa tempoh persediaan yang penting ini," katanya menerusi hantaran di laman X miliknya, hari ini.

Beliau berkata RTG ditubuhkan untuk bertahan dengan perubahan kepimpinan dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan mempunyai dua pengerusi bersama.

"RTG telah ditubuhkan untuk berdepan perubahan secara tiba-tiba pemimpin di KBS atau MOM dengan mempunyai dua pengerusi bersama. Walaupun begitu, saya berharap pengerusi bersama saya Tan Sri Norza, akan mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden BAM menjelang berakhirnya tahun ini,” katanya.

Pada Julai lepas, Norza yang juga Presiden MOM mengumumkan untuk meninggalkan BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024, namun membuat kejutan pada Ogos apabila mengumumkan untuk berundur pada hujung tahun ini.

Spekulasi mengenai pengisian jawatan tertinggi BAM akhirnya terjawab pada Oktober lepas selepas ahli majlis badan itu sebulat suara bersetuju menamakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai presiden baharu mereka. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad