web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minoru Koga Muncul Juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:18PM

Pemain Jepun Minoru Koga (kanan) merangkul kejuaraan badminton perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Petronas Malaysia 2023 selepas menundukkan rakan senegaranya Takuma Kawamoto (kiri) dalam pertarungan tiga set di Arena Badminton Perak hari ini. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pemain Jepun, Minoru Koga merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023 selepas menewaskan rakan senegaranya, Takuma Kawamoto dalam pertarungan tiga set pada aksi final di Arena Badminton Perak di sini, hari ini.

Minoru menang set pertama 21-17, namun tumpas pada set kedua 10-21 sebelum bangkit dalam set terakhir untuk menafikan pemain pilihan ke-10 kejohanan itu, 21-11 dalam pertarungan selama 60 minit.

Bagi kategori beregu campuran, pasangan negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang turun sebagai pilihan kelima kejohanan dinobat juara apabila mudah menewaskan beregu dari Taiwan, Lin Yu Chieh-Hsu Yin Hui.

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dilihat tidak mengahadapi masalah sebelum menoktahkan kemenangan straight set 21-17, 21-19 dalam tempoh 36 minit.

Dalam acara beregu wanita, pemain negara, Ng Qi Xuan yang bergandingan bersama Yap Yee, gagal menyerlah apabila tewas kepada lawan mereka daripada Taiwan, Lin Chih Chun-Sung Yu Hsuan dengan straight set 11-21; 18-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 38 minit.

Sementara itu, hasrat perseorangan profesional wanita negara, Wong Ling Ching untuk melakar kejuaraan tidak kesampaian selepas tunduk straight set kepada wakil Jepun, Miho Kayama 21-23, 16-21.

Gelaran juara beregu lelaki menjadi milik pasangan dari Jepun, Takuto Inoue-Masayuki Onodera dalam pertarungan yang berlangsung selama satu jam dua minit dalam tiga set.

Pemain dari negara Matahari Terbit itu, bagaimanapun, terpaksa menghadapi tentangan sengit beregu negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean sebelum menang 21-16, 18-21, 21-14.

Kejohanan ini tajaan Petronas itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM100,000.

Juara setiap kategori membawa pulang wang tunai RM9, 337 dan tempat kedua pula RM5, 602 manakala pemain layak ke suku akhir dan separuh akhir akan menerima wang tunai masing-masing RM933 dan RM2, 334.  - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar