web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Harimau Malaya - Kyrgyzstan Kekal Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 5:08PM

Stadium Nasional Bukit Jalil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Stadium Nasional Bukit Jalil dikekalkan sebagai venue aksi sulung kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Kyrgyzstan pada 16 November ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, ketetapan itu dibuat selepas penilaian terkini badan induk itu di stadium berkenaan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon; selain turut disertai Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Khamis lalu.

"Pihak PSM menerusi pandangan dan nasihat pihak konsultan teknikal serta kontraktornya mengesahkan bahawa padang berkenaan kini dalam keadaan lebih baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lepas," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan untuk bermain di stadium itu turut mengambil kira faktor lain terutamanya memberi kemudahan kepada penyokong Harimau Malaya untuk menghadiri perlawanan.

"Dengan pengesahan terbaru ini, segala persiapan menjelang perlawanan akan terus dipergiatkan untuk memastikan kelancarannya," katanya.

Pan Gon dalam kenyataan semalam turut menyatakan hasrat supaya perlawanan itu berlangsung di Stadium Nasional sebagai kubu skuad kebangsaan.

Kualiti rumput baharu di stadium itu menerima kritikan pada Pestabola Merdeka bulan lalu, yang juga kejohanan pertama diadakan di situ selepas ditutup sejak Mac bagi kerja naik taraf.

Usai pertemuan dengan Kyrgyzstan, pasukan negara akan terbang ke Taipei City untuk perlawanan kedua Kumpulan D menentang Taiwan, 21 November ini.

Malaysia yang menghuni ranking ke-137 dunia, dijadualkan bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan dan di laman sendiri, masing-masing pada 21 dan 26 Mac tahun depan sebelum berdepan Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan Taiwan (11 Jun) di Malaysia.

Dua pasukan terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak ke Piala Asia, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Piala Dunia 2026 akan dihoskan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat secara bersama dengan format baharu 48 pasukan, berbanding 32 pasukan sebelum ini.

Juara tiga kali Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali pertama pada 2027. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad