web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chong Wei Harap Zii Jia Selesaikan Perjanjian RTG

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 4:48PM

Datuk Lee Chong Wei harap pemain badminton negara, Lee Zii Jia dapat segera menyelesaikan isu menandatangani komitmen untuk program RTG Sukan Olimpik Paris. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen (LOC) menyertai program berkenaan sebelum 14 Nov ini.

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, selaku ahli jawatankuasa RTG berkata sebarang keputusan mengenai isu tersebut hanya akan ditentukan pada mesyuarat berkenaan.

"Seperti yang penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam maklumkan, Zii Jia mempunyai dua minggu untuk menandatangani perjanjian itu. Mungkin Zii Jia sibuk dengan banyak kejohanan luar negara atau mahu fikir dulu.

"Stuart akan buat tindakan susulan dengan Zii Jia, harap dia boleh selesaikan perjanjian ini dalam tempoh diberikan. Keputusan seterusnya akan dibuat dalam mesyuarat, perkara ini tidak dapat diputuskan sendiri," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perjanjian RTG melibatkan Zii Jia, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia, merupakan satu-satunya atlet yang belum menandatangani perjanjian itu dan diberikan tempoh 14 hari untuk melengkapkan komitmen berkenaan.

Sementara itu, Chong Wei yang juga Pengurus Pasukan badminton RTG, berkata dua pasangan beregu campuran profesional Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie - yang digugurkan daripada program RTG, mempunyai peluang untuk disenaraikan semula jika prestasi mereka meningkat.

Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun digugurkan daripada program berkenaan semalam, beregu berkenaan masih diberikan bantuan dari segi khidmat sokongan seperti fisioterapi.

Kedua-dua pasangan itu kini terkeluar daripada ranking kelayakan ke Paris dengan Soon Huat-Shevon di kedudukan ke-16 manakala Kian Meng-Pei Jing di tangga ke-24 dunia. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad