web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SIC Dijenama Semula Sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 4:32PM

Logo baharu Litar Antarabangsa Petronas Sepang. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dikenali sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang selepas pemeteraian perjanjian hak penamaan selama tiga tahun antara litar tersebut dengan syarikat minyak dan gas negara itu.

Pengumuman itu dibuat menjelang perlumbaan motosikal Grand Prix Petronas Malaysia 2023 (MotoGP Malaysia) dari 10-12 Nov ini di litar tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif dalam kenyataan berkata beliau percaya kerjasama itu akan membawa lebih impak dan lebih banyak jenama akan mengambil peluang daripada nilai tambah itu.

Beliau berkata kolaborasi itu melambangkan visi dikongsi kedua-dua pihak iaitu komitmen terhadap kecemerlangan, inovasi dan memberikan pengalaman luar biasa kepada peminat tempatan dan antarabangsa serta pengunjung, untuk terus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan dan hiburan.

"Petronas adalah peneraju industri dalam sukan permotoran menerusi penglibatannya dalam Formula 1 dan MotoGP, ini akan membuka peluang untuk menganjurkan lebih banyak acara bertaraf dunia di venue bertaraf dunia kami," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata beliau berbesar hati memulakan usaha sama baharu itu dan komited dalam menyokong pertumbuhan industri sukan dan hiburan di Malaysia.

"Perkongsian ini melangkaui hak penamaan sahaja, ia menandakan dedikasi kami untuk mempromosikan acara bertaraf dunia, memupuk pembangunan bakat dan mempamerkan keupayaan negara kita di pentas global," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad