web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KBS Tumpu Usaha Cungkil Bakat Atlet Para – Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 3:29PM

Kepulangan atlet para negara yang mewakili Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 yang disambut isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, malam tadi. - gambar KBS Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih tumpuan akan diberikan terhadap usaha pencarian bakat atlet para bagi memastikan Malaysia terus melebarkan penguasaan di pentas antarabangsa.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata bagi sukan para, pencarian bakat adalah masalah yang lebih membimbangkan berbanding soal peruntukan.

Beliau berkata masalah itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat akan datang dengan jawatankuasa peringkat tertinggi (HLC) melibatkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Pendidikan (KPM).

“Untuk kumpulan atlet para, pencarian bakat kumpulannya agak kecil, sebab itu sekarang kita kena buat lebih banyak promosi untuk pastikan kanak-kanak atau orang muda yang mempunyai kad OKU (Orang Kurang Upaya) keluar dan beri peluang kepada diri mereka sendiri.

“Kita akan latih mereka supaya boleh mewakili Malaysia…kita mahu perkasakan ekosistem atlet para, dengan penambahan RM2 juta (Belanjawan 2024) untuk mereka, saya berharap kita boleh perkasakan lagi sistem sokongan untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Hadiah Kemenangan Huawei kepada pemenang pingat Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil, hari ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata pihaknya telah memulakan usaha memperkasakan pencarian bakat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).

Katanya selain sukan para sedia ada iaitu olahraga, tambahan lima sukan iaitu goalball, bola tampar duduk, berbasikal, renang dan boccia dicadangkan untuk diperkenalkan di setiap sekolah pendidikan khas di sini.

Selain itu, beliau berkata dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) dan KPM, sebuah sekolah sukan pendidikan khas di Bandar Baru Enstek, Sepang akan siap dibina menjelang 2025.

“Itu (sekolah sukan pendidikan khas) satu inisiatif MPM selama dua tahun setengah menjadi ahli MKBOKU. Semuanya sedang berjalan dan akan siap menjelang 2025. Tahun depan anda akan lihat rangk kerja yang kita akan buat dengan KPM,” katanya.

Pada Sukan Para Asia Hangzhou yang melabuhkan tirainya Sabtu lepas, kontinjen Malaysia melepasi sasaran 35 pingat apabila membawa pulang keseluruhan 39 pingat merangkumi tujuh emas, 15 perak dan 17 gangsa berada di kedudukan ke-12. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar