web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APG: Pencapaian Kontinjen Negara Di Hangzhou Membanggakan – Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 3:27PM

Atlet para negara menunjukkan pencapaian keseluruhan yang mengharumkan nama negara dengan pungutan 39 pingat termasuk tujuh emas. - gambar KBS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh tetap berbangga dengan pencapaian keseluruhan Malaysia pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 yang melabuhkan tirainya hari ini, walaupun beberapa nama besar terlepas peluang merangkul emas.

Hannah berkata beliau mengakui beberapa atlet yang menjadi sandaran emas negara kecewa dengan kegagalan mereka di Hangzhou namun hakikatnya mereka telah mencuba sedaya upaya mengharumkan nama negara pada edisi keempat temasya sukan tersebut.

“Mereka sudah lepasi sasaran dibuat bersama Majlis Paralimpik Malaysia, jadi syabas kepada mereka.

“Kami juga akan kaji semua pencapaian atlet selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sini, hari ini.

Kontinjen negara menutup saingan di Hangzhou dengan mengumpul 39 pingat merangkumi tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 35 pingat secara keseluruhan ditetapkan sebelum ini.

Bagaimanapun, rentak kecemerlangan kontinjen negara sedikit tercalar selepas dua juara Sukan Paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dari sukan olahraga serta jaguh badminton para, Cheah Liek Hou gagal menyumbang emas buat negara di Hangzhou.

Majlis penutup temasya APG 2022 akan berlangsung malam ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad