web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kereta Dicuri, Emas Pengganti Duka Abdul Latif

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 9:56AM

Abdul Latif ketika membuat lompatan yang membuahkan pingat emas, Selasa lalu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Di sebalik kejayaan meraih pingat emas di Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022, tersimpan kisah duka membabitkan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly.

Atlet kelahiran Perlis itu bukan sahaja mengakui tidak berada pada prestasi sebenar susulan kecederaan paha, malah turut kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

Menurut atlet berusia 26 tahun itu, beliau sangat terkilan kerana kereta jenis Kia Sportage yang diterimanya daripada Syarikat Naza Corporation itu merupakan tanda mata kejayaan manis ketika meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.

"Dua tiga minggu sebelum saya ke Hangzhou, kereta saya kena curi. Saya pula asyik fikirkan kereta yang hilang tapi isteri (Nurul Nabila Farhana Musaidi) banyak bagi semangat dan minta saya fokus kepada sukan dulu.

"Kereta Kia pemberian 2016 itu berjaya dijumpai di Batu Caves (Selangor) tapi dah kena potong," katanya kepada Bernama.

Kejayaan meraih emas tujuh tahun lepas turut menyaksikan beliau menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM1 juta serta beberapa sumbangan daripada syarikat korporat.

Selain kereta Kia Sportage, Naza Corporation ketika itu turut memberikan sebuah suite kediaman di Equine Park, Seri Kembangan bernilai RM350,000.

Abdul Latif mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut APG dalam acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) selepas melakukannya pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan dan 2018 di Jakarta-Palembang.

Dalam aksi di Stadium Pusat Sukan Huanglong pada Selasa, Abdul Latif melakukan lompatan terbaik dengan jarak 7.18 meter (m) dalam percubaan keempat mengatasi pencabar terdekat Hassan Nasser Dawshi dari Arab Saudi yang meraih perak. Gangsa dimenangi rakan senegara Zulkifly Abdullah.

Biarpun mendominasi saingan, Abdul Latif mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan berulang pada pahanya, dengan keutamaan adalah Kejohanan Olahraga Para Dunia dan Sukan Paralimpik Paris 2024 tahun hadapan. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad