web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Malaya Tunduk Kepada Tekanan, Pan Gon Minta Maaf

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:00AM

'Ultras Malaya' bersorak bagi memberi sokongan pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 antara pasukan Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon jelas kecewa dan mengakui anak buahnya gagal beraksi dengan baik di sebalik tekanan besar untuk memenangi Pestabola Merdeka 2023 selepas kalah 2-0 kepada Tajikistan pada final, malam tadi.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu memminta maaf kepada rakyat Malaysia yang meletakkan jangkaan tinggi untuk muncul juara tetapi malangnya gagal berbuat demikian.

“Kami sendiri tertekan dan juga gagal menangani tekanan daripada peminat dan juga pihak lawan,” katanya pada sidang media pasca perlawanan di sini.

Katanya, beliau layak dipersalahkan dan mengambil bertanggungjawab sepenuhnya atas rentak permainan dan taktik yang dituntut terhadap pemain semasa perlawanan.

Pan Gon berkata, bahawa tidak adil untuk mengkritik pemain kerana mereka sudah bermain dengan baik dalam menguasai perlawanan dan bermain dengan penuh tenaga menentang pasukan di tangga ke-110 dunia.

Oleh itu, jurulatih berusia 54 tahun itu berkata, kekalahan perit kepada skuad kendalian Petar Segrt itu adalah ‘wake-up call’ dan banyak perlu diusahakan untuk memperbaiki pasukan Harimau Malaya di kedudukan 134 dunia menjelang saingan Kumpulan D kelayakan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

“Pengalaman seperti ini memang menyakitkan tetapi kita akan belajar daripada kesilapan. Akhirnya, ini bukanlah penghujung dunia," katanya.

Harimau Malaya akan menentang Kyrgyzstan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 November ini sebelum bertandang ke tempat lawan di Taiwan pada 21 November.

Sementara itu, Segrt, yang sangat gembira, memberi pujian kepada disiplin pemainnya sepanjang perlawanan yang memainkan peranan penting dalam memenangi kejohanan dalam penampilan pertama mereka.

"Jadi dari pihak saya, tahniah kepada pemain-pemain hebat ini dan saya rasa seluruh negara Tajikistan terkejut. Saya rasa kita berhak mendapat kemenangan ini. Kami bermain dengan sangat jelas dan sangat teratur," katanya.

Tajikistan mencipta gol pada setiap babak melalui Soirov Rustam pada minit ke-44 dan pemain gantian, Samiev Shahrom pada minit ke-88 untuk menjuarai piala tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad