web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Lantik Tengku Zafrul Presiden BAM Undang Kritikan Ramai

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 9:09PM

Ramai melihat Tengku Zafrul tidak sesuai memegang jawatan badan induk sukan badminton itu, sebaliknya mencadangkan nama bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Misbun Sidek atau Jailani Sidek. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengumuman Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini bahawa ia bakal melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku presiden baharu badan induk, mengundang kritikan,

Ramai yang melahirkan perasaan tidak puas hati Tengku Zafrul dipilih untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Kebanyakannya berpendapat, Tengku Zafrul sebagai individu yang tidak sesuai untuk menjawat jawatan berkenaan.

Pengguna laman X, @GloriaJane3311 berkata, "Lebih baik lantik KJ (Khairy Jamaluddin) daripada T. Zafrul. Apa yang dia lakukan untuk BAM? Percayalah saya, kami beri pandangan ini kerana kami ambil berat. Pilih individu yang berjiwa pejuang dan sekarang pun pemain-pemain kita sudah menjadi lebih baik dengan jurulatih sedia ada. Jangan biarkan isu pengurusan menjejaskan pasukan kita.

Selain daripada itu, beberapa pengguna laman X turut meninggalkan komen ringkas menzahirkan rasa kurang setuju dengan pengumuman baharu BAM tersebut.

"Memang kena ambil orang yang ada asas politik ke?," tulis @adanan_ain26021.

"Mentang-mentang Tengku ini main basikal dan golf sahaja terus dilantik jadi Pengerusi BAM, gurauan apakah ini? (DLCW) Datuk Lee Chong Wei atau Datuk Misbun Sidek/ Jailani Sidek jauh lebih layak untuk jawatan ini," tulis @deemohd_.

BAM hari ini menerusi laman X mengumumkan bakal melantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Badan induk itu berkata, pelantikan itu adalah hasil perbincangan ahli majlis dan keputusan itu diambil setelah kata sepakat dicapai untuk melantik beliau.

"Rangka masa terperinci akan dibincangkan secara dalaman dan diumumkan dalam mesyuarat ahli majlis seterusnya pada Disember," katanya.

Ogos lalu, Norza mengumumkan beliau akan berundur sebagai presiden BAM pada akhir tahun ini.

Keputusan itu mengejutkan ramai pihak kerana sebulan sebelum itu beliau menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan selepas Olimpik 2024.

Norza juga menafikan spekulasi keputusan beliau itu adalah berpunca daripada penamatan kontrak ketua jurulatih perseorangan remaja Akademi Badminton Malaysia, Datuk Misbun Sidek. – Getaran, 14 Oktober 2023

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar