web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insentif RM10,000 Untuk Nur Shazrin - MB Pahang

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 7:45PM

pix:pelayarshazrin2 : Atlet pelayar negara, Nur Syazrin Nur Shazrin Mohamad Latif menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara ILCA 6 wanita pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Tasik Dongqian. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang memberi insentif RM10,000 kepada atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif yang meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini dan diharapkan kejayaan Nur Shazrin yang juga anak jati Pekan dekat sini menjadi inspirasi kepada atlet Pahang lain. 

"Saya mewakili rakyat Pahang amat berbangga dengan kejayaan yang diraih, sekali gus mengharumkan nama Malaysia dan Pahang di peringkat antarabangsa.

"Saya juga berharap pemberian insentif ini dapat memberi galakan dan dorongan kepada Nur Shazrin untuk lebih cemerlang terutamanya di Sukan Olimpik nanti," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun rasminya hari ini. 

Nur Shazrin, 25, dari Kampung Mambang, Pekan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Asia 2023, selepas muncul juara acara ILCA 6 wanita, pada 27 September lalu.

Kejayaan itu juga membolehkan Nur Shazrin layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit. 

Nur Shazrin yang mula mewakili Pahang pada 2012 menerusi Sukan Malaysia (Sukma) sebelum diserap ke pasukan kebangsaan pada 2017 juga pernah menerima penghargaan daripada kerajaan negeri sebelum ini. 

Antaranya, beliau pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Pahang pada Anugerah Sukan Pahang 2015/2016, selain pernah meraih Anugerah Khas Olimpian pada Anugerah Sukan Pahang 2019/2020. 

Anugerah itu diberikan bagi menghargai kejayaan antaranya pingat emas pada Sukma 2012 di Pahang dan 2014 di Perlis, emas pada Sukan SEA Singapura 2015 selain turut mewakili negara pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil dan Tokyo, Jepun. - BERNAMA 

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad