web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohd Juwaidi Wakil Tunggal Negara Di Suku Akhir Compound Individu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 8:51PM

Mohd Juwaidi wakil tunggal negara ke suku akhir acara compound individu lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Pemanah berpengalaman Mohd Juwaidi Mazuki menghidupkan peluang merangkul kilauan pingat selepas melayakkan diri ke suku akhir acara compound individu lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Sukan Fuyang Yinhu, hari ini.

Atlet berusia 33 tahun itu yang membuat penampilan ketiganya di pentas Sukan Asia, mengesahkan tempat di suku akhir selepas mencatat kemenangan tipis ke atas wakil Bhutan, Tandin Dorji 147-146 pada pusingan penyingkiran 1/8 sekali gus menjadi wakil tunggal negara mara sejauh itu.

Menanti Mohd Juwaidi di peringkat suku akhir esok ialah pemanah dari Korea Selatan Jaehoon Joo yang menewaskan Deki Adika Hastian dari Indonesia 149-147.

Hasrat rakan senegara Alang Ariff Aqil Muhammad Ghaz untuk mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila terpaksa akur dengan kehebatan pemanah dari Korea Selatan Jaewon Yang selepas tewas 145-149.

Bagi kategori wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh kecundang pada pusingan penyingkiran 1/16 apabila tewas tipis 140-141 kepada Kanyavee Maneesombatkul dari Thailand.

Sementara itu dalam saingan recurve individu lelaki, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan pemanah elit Khairul Anuar Mohamad masing-masing tewas di pusingan penyingkiran 1/16.

Muhamad Zarif tewas 0-6 di tangan Reza Shabani dari Iran sementara Khairul Anuar gagal menyaingi kehebatan Atanu Das dari India selepas tewas 4-6.

Nasib sama turut menimpa Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini dan Syaqiera Mashayikh dalam saingan recurve individu wanita selepas kempunan ke suku akhir apabila terkandas di pusingan penyingkiran 1/8.

Ku Nurin Afiqah kalah 4-6 kepada Satsuki Noda dari Jepun manakala Syaqiera tewas 3-7 di tangan pemanah China Hailigan.

Terdahulu, Malaysia turut mengesahkan tempat di suku akhir masing-masing dalam acara compound berpasukan campuran menerusi Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah dan berpasukan lelaki terdiri daripada Mohd Juwaidi, Alang Ariff dan Mohamad Syafiq Md Ariffin. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad