web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASIAD: Gandingan Bertrand-Enrique Terlepas Cipta Sensasi Pada Penampilan Pertama

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 9:43PM

Kesilapan ketika terjunan terakhir Bertrand dan Enrique ranapkan impian mereka merangkul pingat perak dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Sukan Asia di Huangzhou. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Hasrat gandingan penerjun negara Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold untuk mencipta sensasi tidak kesampaian apabila terlepas memenangi pingat perak acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini malam ini.

Bertrand-Enrique dipintas pada saat akhir oleh pasangan Korea Selatan Yi Jaegyeong-Kim Yeongam sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa pada final yang berlangsung di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Selepas mempertahankan kedudukan kedua sepanjang lima terjunan dengan meraih 317.76 mata, sedikit kesilapan pada terjunan terakhir meranapkan impian gandingan negara itu apabila sekadar mengumpul keseluruhan 386.07 mata untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Yi-Kim mengesahkan perak dengan mengumpul keseluruhan 387.78 mata.

Pasangan tuan rumah Yang Hao-Lian Junjiee seperti dijangka tidak berdepan masalah merangkul emas selepas cemerlang mengumpul keseluruhan 492.63 mata untuk menceriakan penyokong tuan rumah yang memenuhi venue pertandingan.

Kejayaan dilakar Bertrand-Enrique bagaimanapun memperbaiki pencapaian Malaysia dalam acara itu selepas gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya menduduki tempat kelima pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Pencapaian terbaik negara adalah meraih perak menerusi gandingan Bryan Nickson Lomas-Ooi Tze Liang pada edisi 2010 di Guangzhou, China. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad