web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takhta Liga Super Milik JDT Kali Ke-10 Berturut-turut

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 8:02AM

Kali pertama JDT menjuarai Liga Super adalah pada 2014. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, selepas membenam PDRM FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

JDT membuktikan keampuhan mereka meskipun masih berbaki empat perlawanan lagi, dengan mengumpul 64 mata selepas menewaskan skuad The Cops itu.

Kejayaan itu juga menyaksikan skuad bimbingan Estaban Solari mencipta sejarah dalam bola sepak negara, apabila muncul satu-satunya kelab bola sepak menjadi juara untuk 10 musim berturut-turut, selepas kali pertama memenanginya pada 2014.

Malah, JDT turut melakar kejayaan ‘treble’ selepas sebelum ini telah pun menjulang trofi Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Pada perlawanan malam ini, Harimau Selatan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi pemain sensasi daripada Brazil Bergson Da Silva dan pemain tengah Juan Muniz, masing-masing pada minit ke-37 dan ke-40.

Babak kedua menyaksikan kesilapan pemain pertahanan PDRM FC Izaaq Izhan Yuswardi, menjatuhkan Arif Aiman Mohd Hanapi dalam kotak penalti yang membawa padah, apabila JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Fitri Maskon.

Arif Aiman dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54, sekali gus melakar jaringan ketiga buat pasukan Harimau Selatan.

Anak buah Esteban Solari bagaimanapun, tidak mengambil tempoh lama untuk menambah jaringan menerusi rembatan deras penyerang dari Argentina FernandoForestieri, tiga minit kemudian.

Jaringan keempat itu melengkapkan malam bermakna buat JDT untuk menyambut kemenangan malam ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad