web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Air Mata Cheong Min Iringi Kilauan Pingat Kontinjen Malaysia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 8:13AM

Cheong Min selepas menerima pingat perak acara nanquan dan nandao wanita pada temasya Sukan Asia, di Hangzhou. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Tangisan kegembiraan ratu wushu negara Tan Cheong Min, mengiringi kilauan dua pingat perak dan empat gangsa yang menceriakan kontinjen Malaysia ke Sukan Asia, selepas dua hari menantikan pingat di bumi Hangzhou ini.

Cheong Min yang pernah berada pada tahap terbawah dalam kariernya setelah terlepas pingat pada Sukan Asia 2018 dan tewas kepada rakan lebih muda di Sukan Malaysia (Sukma) selepas itu, akhirnya meluahkan semua bebannya dengan titisan air mata, selepas merangkul perak acara nanquan dan nandao wanita hari ini.

Beliau berkongsi bahawa banyak perkara yang telah dilaluinya selama lima tahun ini, termasuk menangis kekecewaan, kecederaan dan pengambilan suntikan platelet-rich plasma (PRP), yang akhirnya membuahkan hasil.

Sementara itu, pasukan negara bagi permainan Arena of Valor juga mencipta sejarah sebagai pemenang pingat perak sulung e-sukan di Sukan Asia, selepas tewas kepada pasukan pilihan China, pada pentas final.

Ini merupakan kali pertama e-sukan dipertandingkan sebagai acara berpingat di pentas Sukan Asia, dengan impian untuk menyertai Olimpik selepas ini.

Terdahulu, kontinjen Malaysia mengesahkan pingat pertama, apabila pelayar Asnawi Iqbal Adam raih gangsa acara ILCA 4 lelaki di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, sebelum Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen, menambah koleksi gangsa dalam acara Windsurfing RSX wanita.

Namun, kedua-dua gangsa daripada pelayaran hanya akan dikira secara rasmi dalam kutipan pingat keseluruhan, selepas upacara penyampaian pingat petang esok.

Sementara itu, Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi, dari berbasikal trek mencipta kejayaan membanggakan, apabila meraih pingat sulung Malaysia dalam acara pecut berpasukan wanita, sejak ia mula dipertandingkan pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Trio baharu lelaki Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis, yang turun tanpa jaguh berbasikal Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang membantu meraih perak pada acara pecut berpasukan di edisi 2018, hanya memenangi gangsa pada temasya kali ini.

Selepas merasai pingat perak dan gangsa, kontinjen negara hampir pasti merasai kilauan emas yang dinanti-nantikan, esok, menerusi Nur Shazrin Mohamad Latif yang bakal turun beraksi dalam perlumbaan ke-12 dan terakhir acara ILCA 6 wanita esok.

Pelayar berusia 25 tahun itu, yang berada di kedudukan teratas dengan kelebihan 12 mata, tidak berdepan masalah untuk menukar warna pingat gangsa dimenangi di Jakarta-Palembang 2018 kepada emas, jika mampu berada dalam kedudukan lima teratas dan elakkan kesilapan besar.

Atlet negara juga akan turun beraksi dalam ekuestrian, dengan Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil cuba mempertahankan perak acara dressage, selain cabaran di arena wushu, menembak, berbasikal trek, renang dan bola keranjang. - BERNAMA

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad