web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Geran RM5,000 Setiap Pasukan Menanti Di Kejohanan Ragbi Piala Agong

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 6:13PM

Geran RM5,000 untuk setiap pasukan berentap dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 pasukan yang beraksi pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2023 mendapat suntikan dana untuk memberikan saingan hebat apabila masing-masing bakal menerima geran RM5,000.

Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Fahmy Jalil berkata pemberian geran itu adalah tambahan kepada hadiah wang tunai berjumlah RM60,000 yang disediakan bagi penganjuran kejohanan tersebut bermula 23 Sept hingga 21 Okt ini.

Beliau berkata pihaknya juga menyediakan geran tambahan RM2,000 kepada pasukan yang menjadi tuan rumah, dengan setiap pasukan berpeluang menjadi tuan rumah bagi satu aksi.

“Kejohanan kali ini akan bermula dengan aksi peringkat kumpulan yang diadakan secara liga sepusingan (round robin), dengan lima juara kumpulan dan tiga naib juara terbaik mara ke suku akhir,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Aksi suku akhir akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14-15 Okt; manakala perlawanan separuh akhir pada 18 Okt, penentuan tempat ketiga/keempat dan final pada 21 Okt akan berlangsung di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.

“Bagi tahun ini, KRM masih mengekalkan jumlah kuota pemain import, iaitu empat pemain boleh didaftarkan dalam senarai panjang 40 pemain dengan hanya tiga pemain dibenarkan beraksi dalam padang pada setiap perlawanan yang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, undian Piala Agong kali ini menyaksikan juara bertahan, Putrajaya diletakkan dalam Kumpulan A bersama Johor dan Kelantan, manakala naib juara, Terengganu berada dalam Kumpulan D bersama Negeri Sembilan dan Selangor.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima tentangan sengit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pahang dalam Kumpulan B, sementara bagi Kumpulan E, pasukan Sabah dan Sarawak akan membuat perhitungan bagi merebut satu tempat ke suku akhir.

Melaka, Kuala Lumpur dan Perlis pula diundi dalam Kumpulan C. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad