web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azizulhasni Gagal Di Glasgow, Tamatkan Saingan Di Kedudukan Ke-9

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 11:21AM

Mohd Azizulhasni Awang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu.

Laluan pelumba berusia 35 tahun itu tersekat, selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan UCI;www.uci.org.

Hanya tiga pelumba terpantas setiap saringan, akan mara ke aksi final.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menempatkan diri selaku empat pelumba terpantas pada peringkat suku akhir.

Juara dunia keirin 2017 itu yang kemudiannya beraksi dalam perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12 awal pagi ini, menamatkan saingan pada kedudukan kesembilan.

“Bukanlah keputusan yang saya mahukan untuk penampilan terakhir di sini, namun saya harus menerima dengan hati terbuka.

“Kita merancang, Allah merancang dan Allah adalah sebaik-sebaik perancang. Terima kasih atas sokongan dan doa daripada anda semua serta ribuan maaf atas prestasi di sini,” katanya menerusi hantaran di media sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Azizulhasni Yakin Ketahanan Mentalnya Lebih Mantap

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad