web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PSM Harap Kerajaan Beri Kelonggaran Industri Sukan Untuk Aktif Semula

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 3:31PM

Gambar dari Facebook Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 6 Feb  -- Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berharap industri sukan negara diberikan kelonggaran untuk diteruskan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kejohanan Piala Juara-Juara Liga Sepak Takraw (STL).

Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail berkata para penggiat sukan komited untuk menjaga dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa diamal dan dipraktikkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Kita mohon supaya industri sukan dapat diaktifkan semula dan diseimbangkan dengan langkah-langkah keselamatan yang digariskan kerajaan...industri sukan wajar dihidupkan dan digerakkan semula demi kepentingan bersama.

“Malahan, kejohanan-kejohanan sukan pun dapat diaktifkan semula secara gelembung sukan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ia boleh dilaksanakan secara ‘Quarantine Based Approach’ dan tanpa penonton,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

PSM sebelum ini menangguhkan saingan Piala Juara-Juara STL di Iskandar Puteri, Johor yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 16 Jan.

Saingan itu melibatkan enam pasukan terbaik Divisyen Premier STL iaitu juara musim ini, Kuala Lumpur Thunders; ATM Guardians; Johor Tigris; Negeri Sembilan Antlers; Kelantan Warriors dan Penang Black Panthers serta dua pasukan terbaik Divisyen Satu STL iaitu Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborg. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad