web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NSSU Diminta Beri Cadangan Pada Sesi Pascanilai Sukan SEA Kemboja 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 9:39AM

Sesi pascanilai selama dua hari itu berikutan pencapaian terburuk kontinjen negara di temasya dwitahunan itu disertai oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Kejurulatihan, Prof. Ito Masamitsu dan Prof Madya Fumihiko Iwahara dari Fakulti Sains Sukan NSSU - Gambar Facebook MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wakil Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) di Tokyo, Jepun, diminta mengemukakan cadangan penambahbaikan pada sesi pascanilai (post-mortem) prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 yang bermula di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, hari ini.

Sesi pascanilai selama dua hari itu berikutan pencapaian terburuk kontinjen negara di temasya dwitahunan itu disertai oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Kejurulatihan, Prof. Ito Masamitsu dan Prof Madya Fumihiko Iwahara dari Fakulti Sains Sukan NSSU.

MSN, menerusi kenyataan, hari ini, memaklumkan, wakil universiti yang merupakan model negara dalam usaha meningkatkan prestasi sukan tanah air itu turut diminta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi temasya sukan itu pada masa akan datang. 

Selain MSN dan NSSU, sesi pascanilai itu turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, 38 wakil persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

 “Sesi dua hari ini juga bertujuan untuk mencari solusi dan cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan tahap prestasi atlet untuk persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Thailand 2025 nanti,” menurut kenyataan itu.

Kepakaran NSSU sudah terbukti dengan pencapaian melahirkan 137 pemenang pingat termasuk 41 pingat emas keseluruhan untuk kontinjen Jepun di temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik

Di Sukan SEA Kemboja 2023, Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam