web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CEO SIC Setuju Pendapat Alex Yoong, Kategori Tertentu MSC Perlu Diasingkan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:19PM

Azhan Shafriman Hanif - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, beliau mengalu-alukan semua maklum balas mengenai cara untuk penambahbaikan Siri Kejuaraan Malaysia (MSC).

Ini selepas bekas pemandu Formula Satu (F1) Malaysia, Alex Yoong mencadangkan agar kereta 2 liter dan 1.6 liter, perlu mempunyai perlumbaan bagi kategori mereka sendiri.

Bekas pemandu F1 Minardi itu berkata, pelbagai jenis kereta dikumpulkan sebelum ini kerana persaingan kurang mendapat sambutan, tetapi ia berubah dengan siri itu kini terlebih penyertaan.

SIC sebagai penganjur siri itu sedang mencari cara untuk melakukan penambahbaikan.

“Kami mengalu-alukan semua jenis maklum balas, dan kami sentiasa mendengar maklum balas daripada peserta tentang cara untuk menjadikan pertandingan ini lebih baik.

“Kami sedang menelitinya. Saya rasa Alex betul tentang perkara ini, kerana penyertaan yang rendah, kami terpaksa menggabungkan kedua-dua kategori.

“Tetapi kerana sekarang kami mempunyai banyak kereta di trek, kami mungkin perlu melihat untuk mengasingkan kedua-dua kategori.

“Namun apabila ini berlaku, kos penganjuran juga akan meningkat.

“Kita kena lanjutkan waktu operasi pertandingan ini. Perkara ini perlu kita pertimbangkan sebelum melaksanakannya,” katanya.

Tambahnya, keputusan akan dibuat selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan masing-masing.

Alex Yoong - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Alex Yoong - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Secara dalaman, kita memang ada jawatankuasa yang membuat keputusan, tetapi sudah tentu kita perlu berbincang dengan semua pihak, terutama pemandu dan pasukan kerana mereka yang mengambil bahagian.

“Salah satu perkara yang perlu kita perbaiki lagi ialah memberikan lebih banyak masa siaran kepada kelas (kategori) lain.

“Apa yang Alex komen itu betul, saya rasa apabila kereta 2 liter berada di hadapan, lebih fokus akan diberikan kepada mereka, tetapi sudah tentu kita boleh membuat pelarasan itu, ia tidak akan menjadi masalah.

“Saya mendengarnya dan berpendapat adalah idea yang baik untuk mengasingkannya, tetapi sudah tentu ada pertimbangan lain yang perlu kita teliti sebelum kita membuat keputusan itu,” katanya.

Siri ini menampilkan perlumbaan kereta jelajah membabitkan empat kategori.

Satu pencapaian diperolehi dalam Pusingan 2 dengan jumlah peserta tertinggi membabitkan 54 kereta.

Semasa perlumbaan, kesemua 54 kereta di trek berlumba sesama sendiri untuk menduduki tempat pertama dalam kategori masing-masing.

Ini boleh membawa kepada banyak kekecohan di trek, sama seperti yang berlaku hujung minggu lalu dalam Perlumbaan 1 dan 2 di Sepang.

Azhan memuji pasukannya kerana membantu mencapai kejayaan mendapat bilangan peserta tertinggi sejak 2002.

“Kami melakukan banyak perkara untuk mencapai jumlah tersebut. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya kerana bekerja keras dan sudah tentu rakan kongsi kami juga seperti Yokohama.

“Tahun lepas ada nampak seperti minat dalam siri ini meningkat, tetapi hanya untuk jangka masa singkat, dan pada waktu itu kita baru keluar dari belenggu pandemik COVID-19.

“Saya fikir kami akan melakukan penambahbaikan lagi dari segi penyertaan dan juga bagaimana kami boleh membawa pertandingan ini ke peringkat seterusnya,” kata Azhan, yang mengambil alih SIC pada April 2020. – The Vibes, 26 Jun, 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar