web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tahniah, Saya, Rakyat Malaysia Harap Beregu Campuran, Lelaki Negara Ke Olimpik’ - TPM

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 10:16AM

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2023 dengan menewaskan pasangan tuan rumah, Yang Po Han-Lu Ching Yao, semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei serta beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mampu menempatkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, susulan kejayaan diraih mereka di kejohanan Terbuka Taiwan 2023, semalam.

Beliau berkata, ia sekali gus membuka peluang lebih cerah untuk Malaysia mendapat kilauan emas.

“Sekalung tahniah diucapkan di atas kejuaraan berganda pasukan badminton negara oleh pasangan beregu campuran Chen Tang Jie & dan Toh Ee Wei serta beregu lelaki, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun di kejohanan Terbuka Taiwan 2023.

“Kemenangan beregu campuran Tang Jie dan Ee Wei menobatkan mereka gelaran Jelajah Dunia BWF kedua dalam Super 300, selepas negara merangkul kejayaan pertama pada tahun 2004,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid berkata, manakala kemenangan beregu lelaki Wei Chong dan Kai Wun bukan sahaja mempertahankan kejuaraan musim lalu, malah meraih kejuaraan sulung musim ini.

“Kemenangan Tang Jie dan Ee Wei serta Wei Chong dan Kai Wun adalah penting dalam misi mereka untuk mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris. 

“Saya bersama seluruh rakyat Malaysia berharap agar Tang Jie dan Ee Wei serta Wei Chong dan Kai Wun dapat menempatkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris kelak, sekali gus membuka peluang lebih cerah untuk Malaysia mendapat kilauan emas,” katanya.

Semalam, skuad badminton negara melengkapkan kejuaraan berganda pada Terbuka Taiwan selepas Man Wei Chong dan Tee Kai Wun memenangi aksi final beregu lelaki di Arena Tian-Mu.

Ia adalah kejayaan kedua kem negara selepas Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei terlebih dahulu merangkul kejuaraan dalam beregu campuran pada aksi final.

Lebih membanggakan, kedua-dua pasangan negara itu membenam gandingan tuan rumah.

Kemenangan Wei Chong dan Kai Wun ke atas Lu Ching Yao dan Yang Po Han dengan mata 20-22, 21-17, 21-14, bukan sahaja membolehkan mereka gah mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu, malah meraih kejuaraan sulung musim ini. - Getaran, 26 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad