web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Bola Jaring Pertahan Gelaran Remaja Asia 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 8:56PM

Kejayaan itu hadir selepas skuad, kendalian Aminah Asaari, mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final di Jeonju, Korea Selatan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad bola jaring remaja negara terus cemerlang apabila berjaya mempertahankan makhkota kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 di Jeonju, Korea Selatan, hari ini. 

Kejayaan itu hadir selepas skuad, kendalian Aminah Asaari, mengetepikan Singapura 49-45 pada aksi final, sekali gus menyaksikan pasukan remaja kebangsaan menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 yang akan berlangsung di Gibraltar. 

Turut meraih tiket bersama Malaysia ke Piala Dunia 2025 mewakili benua Asia itu adalah Singapura dan Sri Lanka yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga pada kejohanan tersebut. 

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad bola jaring remaja negara atas kejayaan tersebut 

“Pasukan bola jaring kebangsaan menang Juara Kejohanan Remaja Asia 2023 di Korea!!! Well done girls #DemiMalaysia,” katanya menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, hari ini. 

 Semalam, Malaysia berjaya menempah slot ke final selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 77-36 di peringkat separuh akhir.

Sebelum ini, Malaysia muncul juara edisi 2019 apabila menewaskan Singapura 57-48 pada aksi final di Kashima, Jepun. 

Bagaimanapun, skuad negara terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia 2021 di Fiji susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Malaysia pernah memenangi Kejohanan Remaja Asia itu sebanyak lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013 manakala pada 2015 dan 2017, skuad negara muncul naib juara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan