web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ACC: Kun Pan Cipta Sejarah Rangkul Emas Di ACC 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 7:09AM

Phi Kun Pan 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelumba negara, Phi Kun Pan mencipta sejarah apabila muncul wakil pertama negara merangkul emas dalam acara lepas beramai-ramai bawah 23 tahun wanita di Kejohanan Lumba Basikal Lebuhraya Asia (ACC)  2023 di Rayong, Thailand, semalam.

Pelumba berusia 20 tahun kelahiran Kedah itu merakam masa dua jam 51 minit 41 saat dengan purata kelajuan 38.79 kilometer sejam (kmj) dalam perlumbaan sejauh 111km untuk menamatkan kemarau kilauan emas negara.

Kun Pan mengetepikan cabaran pelumba Uzbekistan, Yanina Kuskova dan Dewika Mulya Sova dari Indonesia yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), dalam kenyataan, memaklumkan dua lagi wakil negara, Zhen Yi Yeong dan Nur Fitrah Shaari, masing-masing menduduki tempat ke-0 dan ke-18.

Naib Presiden PKBM, Norazman Abu Samah, menyifatkan pencapaian Kun Pan sebagai kejayaan cemerlang, lebih-lebih lagi selepas pelumba tersebut dan Nur Fitrah hampir terlepas tiket bertanding di Rayong.

“Mereka datang ke Rayong untuk berlumba dengan menggunakan duit sendiri. Penyertaan mereka juga disahkan pada saat-saat terakhir.

“Nasib kita baik kerana saya juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF). Saya merayu kepada Presiden ACF, Jen Dr Decha Hemkasri supaya mereka diterima untuk berlumba, “ katanya.

Norazman berkata kejayaan dilakar Kun Pan membuktikan skuad lebuh raya wanita kini berada di landasan betul untuk menyerlah pada Sukan SEA 2025 di Thailand dan ACC 2024.

Kejayaan dilakar pelumba wanita itu sekali gus menyaksikannya berjaya menamatkan kemarau pingat negara dalam kejohanan tersebut selepas Adiq Hussainie Othman merangkul perak acara lepas beramai-ramai lelaki pada ACC 2012, di sini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad