web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Manchester City Tewaskan Inter Milan, Julang Trofi Liga Juara-Juara UEFA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 2:39PM

Pep Guardiola - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Manchester City mengalahkan Inter Milan 1-0 sekali gus menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA 2023 pada Sabtu.

Pada minit ke-27, sepakan kaki kiri Erling Haaland dari jarak dekat digagalkan penjaga gol Inter, Andre Onana di Stadium Olimpik Ataturk Istanbul, lapor Agensi Anadolu.

Kevin De Bruyne dari Manchester City terpaksa keluar padang akibat kecederaan. Phil Foden menggantikan pemain Belgium itu pada minit ke-36.

City mendominasi separuh masa pertama perlawanan tetapi kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan.

Lautaro Martinez cuba menjaringkan gol dalam kotak penalti tetapi penjaga gol Manchester City, Ederson berjaya menyelamatkan keadaan pada minit ke-59.

Manchester City membuka kebuntuan pada minit ke-68 apabila Rodrigo menjaringkan gol dari jarak dekat dengan bantuan Bernardo Silva.

Dua minit kemudian, Inter Milan terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan apabila jaringan Federico Dimarco hanya terkena palang.

Phil Foden terlepas peluang untuk menggandakan kedudukan pada minit ke-78.

Ederson sekali lagi berjaya menyelamatkan keadaan, menafikan dua tandukan dari Romelu Lukaku pada minit ke-88 dan Robin Gosens pada masa tambahan.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, kini meraih 14 gelaran utama sejak menyertai pasukan itu pada 2016 -- koleksi berkenaan termasuk lima gelaran Liga Perdana, dua Piala FA, empat Piala Liga, satu Liga Juara-Juara, dan dua Community Shields.

Guardiola yang berusia 42 tahun, menjadi pengurus pertama yang memenangi piala berprestij ini sebanyak dua kali - dengan Barcelona pada 2009 dan dengan City pada 2023. - Bernama-Anadolu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad