web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skuad Berbasikal Negara Tidak Dapat Basikal Model Baharu Untuk Olimpik Paris

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 7:05AM

Mohd Azizulhasni Awang menggunakan basikal basikal Vorteq WX-R ketika memenangi pingat perak dalam acara keirin pada Sukan Olimpik Tokyo. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Skuad berbasikal negara terpaksa menggunakan basikal yang ada dengan sedikit pelarasan kerana mereka tidak akan mendapat model basikal terbaharu untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris. 

Ketua Jurulatih Skuad Berbasikal negara, John Beasley berkata kelulusan geran yang lewat selain ketiadaan masa yang mencukupi untuk basikal itu dibangunkan dan layak digunakan dalam temasya sukan berprestij itu.  

Beasley berkata kesemua basikal baharu perlu didaftarkan dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa  (UCI) menjelang Ogos dan digunakan dalam Kejohanan Dunia Glasgow dari 3 hingga 13 Ogos ini untuk layak ke Sukan Olimpik tahun depan, jadi pasukan hanya mampu melakukan sedikit penambahbaikan kepada model yang digunakan sekarang.  

“Basikal (yang ditambah baik) adalah lebih kurang sama (dengan basikal semasa). Kami akan mengkaji untuk mengubah sedikit bentuknya, melicinkan bucu-bucunya dan aspek struktur-struktur kecil bagi melihat bagaimana kami boleh membuatkannya lebih kukuh, ringan dan tegar selain daripada membuatkannya lebih aerodinamik.

Ya kami akan menggunakan acuan sama (seperti basikal lama), kami tidak mempunyai pilihan kerana kami tidak memiliki masa yang cukup.  Peruntukan hanya tiba pada Februari,” katanya kepada wartawan selepas bertemu dengan Ketua Kontijen Olimpik Paris Datuk Hamidin Mohd Amin di Velodrom Nasional di sini semalam.

Beasley merujuk kepada basikal Vorteq WX-R yang kini digunakan oleh skuad berbasikal negara yang dibangunkan antara 2018 hingga 2020 dengan kos RM13 juta. 

Basikal itu telah digunakan dalam Olimpik Tokyo dengan Datuk Mohd Azizulhasni Awang memenangi pingat perak dalam acara keirin dan membantu pelumba negara memperoleh penyudah podium dalam banyak perlumbaan semenjak itu. 

Mengulas mengenai pembangunannya, Mohd Azizulhasni berkata beliau tidak ada masalah dengan keputusan itu dan bersetuju itu adalah pilihan terbaik untuk pasukan.

“Saya boleh katakan basikal kami adalah antara yang terbaik. 

Sebab basikal ni datang bukan hanya basikal sahaja, dia punya teknologi, peletakan semua, Macam saya punya basikal cocok buat saya. Jadi kalau kita nak buat basikal baharu ke, mula dari awal, membuang masa, dah tak sempat,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam