web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Klas Renang Cungkil Bakat Baharu Dari Golongan B40

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 2:58PM

Hannah Yeoh memantau kanak-kanak ketika menghadiri Program Klas Renang di Swim Splash Academy hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun daripada golongan B40 berpotensi mencungkil bakat baharu renang tempatan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata program yang dilancarkan pada 13 Mei lepas itu mula menunjukkan perkembangan positif apabila terdapat peserta berupaya menguasai teknik renangan dengan baik dalam tempoh singkat.

“Kalau kita tak bantu (kanak-kanak) golongan B40 untuk dapatkan akses ke kolam renang bermaksud bakat dari satu kumpulan tidak dapat ditapis.

“Namun bila ada program seperti ini golongan B40 boleh terlibat sama kerana apabila bercakap mengenai pembangunan bakat, kita mesti bagi akses kepada semua lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau salah satu pusat latihan program berkenaan di Kepong, di sini, hari ini.

Sekiranya terdapat kanak-kanak dari program itu mampu pergi lebih jauh, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara bagi memantau perkembangan kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata segala penemuan dikumpul daripada program KLAS Renang akan dibentangkan kepada jawatankuasa peringkat tertinggi (HLC) dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang.

Sementara itu Hannah berkata program KLAS Renang Siri 1 menerima sambutan menggalakkan apabila 288 kanak-kanak daripada keseluruhan 720 peserta telah melengkapkan pembelajaran dan latihan di 18 daerah daripada lapan negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Sarawak serta Kelantan, setakat ini.

Katanya berdasarkan pemantauan dan pemerhatian jurulatih, para peserta menunjukkan perkembangan positif terutamanya melibatkan pembinaan keyakinan di dalam air, antaranya ‘bubbles and hold breath’ dan ‘floating’.

Memandangkan program KLAS Renang mendapat sambutan memberangsangkan, beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang merangka pelaksanaan program bagi siri seterusnya yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“KBS juga sedang merangka projek rintis KLAS Renang untuk diperluaskan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak berusia kurang daripada 6 tahun, yang dijangka akan bermula pada bulan Julai ini,” katanya.

Mei lepas, Hannah dilaporkan berkata kementeriannya memperuntukkan RM400,000 bagi tahun ini untuk program KLAS Renang, menyasarkan penglibatan kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun daripada golongan B40, yang bertujuan mengurangkan kadar kematian akibat lemas.

Menurutnya berdasarkan statistik sebelum pandemik COVID-19, angka kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas setahun adalah tinggi iaitu 500 orang dan daripada membazirkan kolam renang yang ada adalah baik pihaknya memulakan program berkenaan.

Sementara itu Hannah berkata segala penemuan dalam ‘post mortem’ berhubung prestasi kontinjen negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan lepas akan dimuktamadkan minggu depan.

Pada Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini, Malaysia membawa pulang keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar