web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abu Samah Dilepas Tanpa Dibebas Tuduhan Rasuah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 5:18PM

Abu Samah Abd Wahab - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab terhadap dua pertuduhan mendapatkan suapan bernilai RM48,811.85.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memohon agar tertuduh dilepas tanpa dibebaskan susulan representasi yang dikemukakan tertuduh diterima pihak pendakwaan.

Mahkamah juga memerintahkan  wang jaminan sebanyak RM10,000 dan pasport antarabangsa Abu Samah dikembalikan kepadanya.

Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Abu Samah hadir di mahkamah hari ini ditemani anaknya Naib Presiden PKBM, Norazman Abu Samah yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan ACF dan Naib Presiden PKBM yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) Datuk Amarjit Singh Gill.

Pada 3 Jun 2022, Abu Samah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas dua pertuduhan tersebut. 

Mengikut pertuduhan pertama, beliau sebagai Presiden PKBM didakwa  menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan apabila memilih syarikat milik anaknya iaitu Syarikat Harapan Baiduri Sdn Bhd untuk menyediakan sewaan kenderaan logistik dengan harga keseluruhan RM12,750.

Suapan itu didakwa dilakukan melalui 13 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018. 

Bagi pertuduhan kedua, Abu Samah didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan syarikat milik adik-beradiknya, Syarikat Keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd untuk membuat sewaan rumah inap desa bagi kegunaan atlet berbasikal dengan harga keseluruhan RM36,061.85 melalui 32 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat PKBM dalam daerah Melaka Tengah antara 2013 hingga 2019. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan