web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azizulhasni Tambah Koleksi Emas Ke-4 Di Hong Kong

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 7:23AM

Mengiringi kejayaan Mohd Azizulhasni di podium adalah seorang lagi pelumba elit negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk membawa pulang gangsa. - Gambar dari Facebook Azizulhasni Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Pada hari terakhir saingan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023 yang berlangsung di Velodrom Hong Kong, Mohd Azizulhasni menyambar emas acara pecut lelaki menewaskan pelumba Korea Selatan Kang Seojun yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, menurut www.uci.org.

Mengiringi kejayaan Mohd Azizulhasni di podium adalah seorang lagi pelumba elit negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk membawa pulang gangsa.

Kejayaan dicipta The Pocket Rocketman itu merupakan emas keduanya di kejohanan itu selepas turut mengungguli acara keirin semalam.

Sebelum itu, juara dunia keirin 2017 dan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyambar dua emas masing-masing dalam acara pecut serta keirin pada Piala Trek Antarabangsa Hong Kong I yang hanya berlangsung sehari pada Jumaat lepas.

Sementara itu, saingan hari ini menyaksikan pelumba wanita negara Anis Amira Rosdi kempunan menaiki podium selepas menamatkan saingan final keirin di kedudukan keempat di belakang tiga pelumba Korea Selatan iaitu Lee Hye-jin (emas) diikuti Kim Ha-eun (perak) dan Cho Sun-young (gangsa). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad