web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik Terlepas Separuh Akhir Masters Malaysia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 7:25AM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka apabila dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia, 18-21, 19-21 selepas 52 minit - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas pada peringkat suku akhir Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena di sini, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka apabila dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia, 18-21, 19-21 selepas 52 minit. 

Wooi Yik yang kecewa, mengakui aksi Leo-Daniel lebih baik hari ini dan mereka lebih bersedia.

“Kami tidak cukup sabar. Kami telah cuba yang terbaik namun mereka lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Ditanya mengenai misi seterusnya, Wooi Yik berkata mereka tidak akan menyertai Terbuka Thailand di Bangkok pada 30 Mei-4 Jun ini dan kembali beraksi pada Terbuka Singapura pada 6-11 Jun.

Sementara itu, Leo-Daniel akan menentukan tempat ke final dengan menentang satu lagi beregu kebangsaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun membuat kejutan dengan mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 23-21, 21-17 yang juga merupakan kemenangan terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini. 

Selain itu, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gagal mara ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada beregu Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-15, 16-21, 14-21. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad