web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Momentum Pungutan Pingat Malaysia Perlahan, Kekal Di Kedudukan Ke-7

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 7:04AM

Aksi Pelari negara, Umar Osman bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya dalam acara 400 meter lelaki Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Momentum pungutan pingat emas kontinjen negara masih perlahan selepas berakhir hari keempat temasya Sukan SEA 2023 apabila sekadar menambah lima pingat emas semalam.

Walaupun pencapaian itu adalah terbaik setakat ini, ia bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kem Malaysia yang kekal di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 15 pingat emas, 15 perak dan 32 gangsa.

Pada saingan itu, olahraga menyumbangkan dua emas, dan masing-masing satu daripada acara terjun, renang serta snuker.

Muhammad Syafiq Puteh menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia semalam apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal lelaki, sebelum pelari negara Shereen Samson Vallabouy dan Umar Osman, masing-masing mengungguli acara 400 meter wanita dan lelaki.

Lebih manis apabila Umar mencipta rekod baharu kebangsaan 46.34 saat (s) sekali gus meleburkan rekod lama 46.41s milik Mohd Zaiful Zainal Abidin, yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Brunei pada Julai 2001.

Skuad renang negara pula boleh menarik nafas lega apabila perenang Khiew Hoe Yean  menghadiahkan pingat emas sulung bagi Malaysia dalam acara 200m gaya bebas lelaki selepas empat hari acara berkenaan berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini.

Pemain snuker negara Moh Keen Hoo melengkapkan pencapaian lima pingat emas Malaysia semalam, apabila mengungguli acara 6-Red perseorangan lelaki.

Selepas tamat saingan semalam, menyaksikan Thailand yang sebelum ini berada di tempat ketiga, memintas untuk mendahului carta pungutan pingat dengan meraih keseluruhan 40 emas, 30 perak dan 45 gangsa.

Vietnam kekal di kedudukan kedua selepas mengutip 39 pingat emas, 39 perak dan 46 gangsa manakala tuan rumah, Kemboja yang sebelum ini berada di tempat teratas jatuh dua anak tangga di posisi ketiga dengan 39-39-39. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar