web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengorbanan Saiful Bahri Berbaloi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 7:07AM

Saiful Bahri Musmin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Atlet petanque Saiful Bahri Musmin membuktikan kredibilitinya apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 di sini semalam.

Biarpun terpaksa menjalani latihan bersendirian berikutan tuntutan tugasnya selaku kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, ia bukan penghalang bagi atlet berusia 32 tahun itu untuk menampilkan prestasi terbaik pada temasya kali ini.

Di peringkat saingan akhir yang berlangsung sengit di Kompleks Petanque Olimpik, Saiful Bahri menewaskan wakil Laos Bountamy Southammavong 13-9.

Peserta Thailand Akkrachai Meekhong dan wakil tuan rumah Sok Chanmean berkongsi pingat gangsa selepas, masing-masing tumpas di peringkat separuh akhir.

Sementara itu, Saiful Bahri berkata beliau tidak menjangkakan dapat merangkul pingat emas kerana persediaannya bagi menghadapi temasya kali ini agak singkat iaitu kira-kira sebulan.

“Saya terpaksa menjalani latihan sendiri disebabkan tugasan saya di Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Jadi kejayaan meraih emas ini memang tidak diduga,” katanya yang pernah meraih emas ketika edisi 2017 dan 2019, masing-masing dalam acara doubles dan triples lelaki.

Mengenai aksi di peringkat akhir itu, beliau bersyukur dapat menampilkan prestasi terbaik di penghujung saingan bagi menjarakkan mata sekali gus memenangi pertarungan tersebut.

Pencapaian Saiful Bahri itu sekali gus menyumbangkan pingat emas keenam buat negara pada temasya kali ini.

Sementara itu, Nur Durratul Iffah Yazit meraih gangsa selepas tewas di peringkat separuh akhir dalam acara singles wanita. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad