web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Ada Kelebihan Jika Negara Lain Boikot Olimpik Paris

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 11:16AM

Amarjit Singh Gill mengakui jika sesetengah negara memutuskan untuk memboikot temasya itu, Malaysia tidak akan melepaskan peluang yang jarang berlaku itu untuk meraih emas pertamanya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memuji jawatankuasa Road to Gold (RTG) atas keputusannya menghantar kontinjen ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.

Naib Presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill semalam mengulangi pendirian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa Malaysia tidak akan mencampuradukkan politik dengan sukan.

“Saya gembira Malaysia memutuskan untuk tidak memboikot Sukan Olimpik. Jangan kita campur adukkan politik dengan sukan.

“Jika negara Eropah memutuskan untuk memboikot Sukan Olimpik, itu masalah mereka sendiri,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Namun hakikatnya, beliau berkata, berbasikal akan menjadi peluang terbaik Malaysia untuk meraih emas Olimpik pertamanya menerusi pemenang pingat perak temasya Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang.

Azizulhasni, yang turut meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016, adalah salah seorang daripada 15 prospek pingat emas yang dikenal pasti oleh jawatankuasa RTG.

Beberapa pencabar sengitnya dalam acara keirin lelaki berbasikal trek adalah dari Great Britain, Belanda, Perancis dan Jerman.

Azizulhasni Awang, yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016, adalah salah seorang daripada 15 prospek pingat emas yang dikenal pasti oleh jawatankuasa RTG - Gambar Fail
Azizulhasni Awang, yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016, adalah salah seorang daripada 15 prospek pingat emas yang dikenal pasti oleh jawatankuasa RTG - Gambar Fail

Rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga termasuk dalam senarai jawatankuasa itu.

Amarjit berkata, kedua-dua atlet itu akan bersedia untuk temasya tersebut jika semua negara akan mengambil bahagian, walaupun terdapat gesaan daripada beberapa negara supaya memboikot temasya itu selepas Majlis Olimpik Antarabangsa membenarkan atlet Rusia dan Belarus bertanding di bawah bendera neutral.

Beliau mengakui jika sesetengah negara memutuskan untuk memboikot temasya itu, Malaysia tidak akan melepaskan peluang yang jarang berlaku itu untuk meraih emas pertamanya.

“Sudah tentu ada beberapa kelebihan untuk kita (memenangi emas pertama negara). Bagaimanapun, semua retorik tentang memboikot Sukan Olimpik, tapi akhirnya anda akan melihat semua negara ini mengambil bahagian.

“Jadi, saya fikir kita perlu membuat persediaan yang baik seolah-olah negara-negara teratas ini bersaing di Olimpik.

“Jika mereka tidak mengambil bahagian, maka kita ada kelebihan. Ia akan membantu kita,” katanya.

Muhammad Shah Firdaus Sahrom - Gambar Fail Bernama
Muhammad Shah Firdaus Sahrom - Gambar Fail Bernama

Selain Azizulhasni dan Shah Firdaus, Amarjit berkata, PKBM juga berharap jawatankuasa RTG akan mempertimbangkan untuk memasukkan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam senarai itu.

Katanya, Fadhil boleh menjadi pelumba sandaran penting kepada pasukan terutama dalam kelayakan ke acara pecut berpasukan.

“Kami meminta AJK RTG untuk turut sertakan Fadhil dalam program tersebut kerana beliau adalah atlet sandaran kami. Amat penting untuk dia dimasukkan ke dalam program RTG supaya dia layak ke acara pecut berpasukan bersama Azizul dan Shah Firdaus.

“Kami perlu memasukkan mereka ke dalam program ini dan memberi mereka sokongan tambahan sebelum tempoh kelayakan tamat,” katanya.

Bercakap mengenai persiapan pasukan untuk Sukan Olimpik tahun depan, Amarjit memberi jaminan program latihan mereka berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Pasukan itu akan kembali daripada latihan di Sepanyol minggu depan dan meneruskan persiapan di Nilai menjelang Kejohanan Trek Kebangsaan.

Selepas Kejohanan Berbasikal Trek Asia yang dijadualkan pada 13 hingga 19 Jun, pasukan itu kemudiannya akan berlepas ke Eropah untuk persediaan menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek UCI di Glasgow pada Ogos. - The Vibes, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad