web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harimau Selatan Mengaum Atasi Sang Badak, Selangor Unggul Dalam Derbi Lembah Klang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 7:18AM

Rodriguez dan Mohamad Faisal menjaringkan satu gol masing-masing dalam kemenangan ke atas KL City FC. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT), mengukuhkan cengkaman di persada liga dengan membenam pencabar terdekat Sabah FC 4-0, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

JDT yang jelas mendominasi perlawanan sebaik sepak mula, memperoleh jaringan pertama menerusi pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi, yang memanfaatkan lorongan dari sebelah kiri penyerang dari Argentina Fernando Martin Forestieri, sebelum melepaskan sepakan kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-20.

Serangan bertali arus ke kubu Sang Badak oleh Harimau Selatan, berjaya membuahkan hasil apabila pemain import dari Sepanyol Juan Muniz Gallego, menggandakan jaringan tuan rumah menerusi lencongan kaki kiri yang cantik dari luar kotak penalti, enam minit sebelum babak pertama tamat.

Walaupun Sabah berjaya mengimbangi perlawanan pada separuh masa kedua, namun pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee tetap buntu untuk menembusi kubu pertahanan JDT, yang dikawal rapi oleh ketua pasukan Jordi Amat.

Sebaliknya, JDT kembali mengaum pada 10 minit terakhir perlawanan, apabila Muhammad Syahmi Safari melepaskan rembatan kaki kanan untuk jaringan ketiga pasukannya pada minit ke-81, disusuli jaringan Forestieri yang menolak masuk hantaran pemain pertahanan kiri Lavere Corbin Ong pada minit ke-89, sekali gus menoktahkan kemenangan keenam liga berturut-turut mereka dan mencalar rekod bersih Sabah yang mengalami kekalahan pertama musim ini.

Sementara itu, aksi derbi Lembah Klang di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, menyaksikan Selangor FC bangkit dari ketinggalan untuk meranapkan impian Kuala Lumpur (KL) City FC memburu kemenangan sulung saingan Liga Super, selepas menewaskan musuh setempat mereka 3-1.

KL City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan padu dari luar kotak penalti pemain import Ivory Coast Kipre Tchetche, pada minit ke-24 sebelum Selangor memanfaatkan dua jaringan penalti menerusi pemain import Colombia Ayron Del Valle Rodriguez dan Mohamad Faisal Abdul Halim, masing-masing pada minit ke-32 dan ke-41 untuk memimpin perlawanan menuju ke bilik persalinan.

Rodriguez kemudian menambah keceriaan buat Selangor, apabila menyumbat gol kedua peribadi dan ketiga pasukannya pada minit ke-54, bagi memastikan gelaran ‘Raja Lembah Klang’ sah menjadi milik Selangor.

Dalam pada itu, Terengganu FC  berjaya meraih tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas Kelantan United FC, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.

Pemain naturalisasi Liridon Krasniqi, tidak menunggu lama untuk meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari dalam kotak penalti pada minit keenam, dan giliran awang import dari Ghana Jordan Mintah, meledak gol kedua TFC pada minit ke-28 manakala tonggak tengah dari Filipina Jose Porteria, menjaringkan gola sagu hati pelawat pada minit ke-76.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Penang FC merekodkan kemenangan sulung musim ini, dengan menundukkan Perak FC 3-1.

Pemain import dari Lubnan Soony Saad, tidak menunggu lama untuk menggamatkan penyokong tuan rumah menerusi gol pendahuluan pada minit keenam, manakala Nik Akif Syahiran Nik Mat pula menyumbang jaringan kedua pasukan pada minit ke-37.

Pemain import dari Korea Selatan Seo Seon-ung, merapatkan jurang pelawat dengan tuan rumah dengan menjaringkan gol pada minit ke-71, sebelum penyerang Brazil mematikan sisa kebangkitan Perak dengan jaringan pada minit ke-83. - Bernama

TAG: bola sepak, Liga Super, JDT, Sabah FC, Selangor FC, Penang FC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad