web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Lebur Rekod Tanpa Kalah Selangor Di Bawah Cheng Hoe

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:00AM

Pemain JDT meraikan kemenangan ke atas Selangor. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rekod kebal Selangor FC dalam saingan Liga Super di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, berjaya dileburkan oleh juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan bergaya 4-0 di hadapan 14,400 penyokong pada malam ini.

Walaupun aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bermula perlahan apabila kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan pada babak pertama, skuad Harimau Selatan mula mengaum menerusi jaringan pemain import dari Sepanyol, Juan Muniz pada minit ke-55.

Anak buah Solari Esteban terus mengganas apabila melebarkan jurang jaringan menerusi pemain import dari, Brazil Diogo Luis Santos dan pemain import dari Argentina, Fernando Forestieri kedua-duanya melalui rembatan dari dalam kotak penalti masing-masing pada minit ke-66 dan ke-77.

JDT terus mengasak kubu lawan dan berhasil mendapatkan jaringan keempat apabila Fernando meledak jaringan peribadi kedua pada minit ke-82 untuk terus mengekalkan pasukannya di persada Liga Super dengan 15 mata penuh, setakat ini.

Ini merupakan kekalahan pertama skuad Gergasi Merah dalam Liga Super sejak Cheng Hoe mula membimbing pasukan itu bermula September lepas, apabila meraih masing-masing tiga kemenangan dan satu seri pada musim lepas dan musim ini.

Sementara itu, ketiadaan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee akibat digantung selepas menerima kad merah dalam perlawanan sebelumnya, tidak menjejaskan rentak Sabah FC membenam Penang FC 5-2 pada aksi yang dramatik di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria menjadi tumpuan apabila memberikan empat sepakan penalti dalam perlawanan malam ini.

Sabah yang turun di bawah kendalian penolong ketua jurulatih Rastislav Bozik, membuka jaringan seawal minit ketiga setelah ketua pasukan Park Tae-su menanduk masuk bola hasil sepakan sudut, namun Penang pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang import Lubnan Hassan Saad, lima minit kemudian.

Babak akhir separuh masa pertama panas apabila Zulkarnain memberikan sepakan penalti kepada Sabah selepas penyerang kebangsaan, Darren Lok dikasari penjaga gol Penang, Khatul Anuar Md Jalil. Darren tenang menyudahkan sepakan penalti itu pada minit ke-45.

Bersambung separuh masa kedua, pertahanan kiri kebangsaan Daniel Ting menghadiahkan jaringan ketiga skuad Sang Badak apabila menyudahkan permainan cantik hantaran pendek antara pemain Sabah pada minit ke-55, manakala Tae-su yang mesra dengan panggilan “Karim” menyudahkan hantaran lintang dengan rembatan cantik lima minit kemudian.

Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Zulkarnain sekali lagi memberikan sepakan penalti, kali ini kepada Penang selepas Adriano Narcizo dikasari Mohd Amri Yahyah yang disudahkan sendiri pemain itu selepas pada masa tambahan (90+1).

Kehangatan babak akhir perlawanan tidak terhenti setakat itu, apabila Zulkarnain memberi satu lagi sepakan penalti kepada Sabah kerana Irfan Fazail dikasari Zaw Min Tun, namun sepakan penalti Gabriel Peres terkena palang pada masa tambahan (90+11).

Zulkarnain kemudian memberikan sepakan penalti keempat malam ini, sekali lagi kepada Sabah setelah Rizal Ghazali dijatuhkan Rafael Vitor dalam kotak penalti, dan Rizal tenang menyudahkan sepakan penalti itu pada masa tambahan (90+12).

Di Stadium Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan FC berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengikat Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2.

Skuad “The City Boys” bermula garang apabila meledak jaringan menerusi Tchetche Kipre pada minit ke-11 dan Declan Lambert pada minit ke-34, namun Kelantan berjaya mencuri satu mata selepas D Kenny Pallraj tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-41, diikuti jaringan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman pada masa kecederaan babak pertama.

Kedah Darul Aman (KDA) pula berjaya menewaskan Kuching City FC 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pemain pertahanan Mohd Akmal Md Zahir muncul wira skuad Sang Kenari, apabila berjaya meledak dua jaringan pada minit ke-28 dan ke-49, dengan Manuel Hidalgo menambah lagi jaringan pada minit ke-57. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad