Berita Terkini

7 jam yang lalu: Rohana pulangkan AS$10 juta, aset 1MDB kepada kerajaan 7 jam yang lalu: Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan Ummah - Ahmad Zahid 7 jam yang lalu: Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam 7 jam yang lalu: Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam 3 subsektor 9 jam yang lalu: MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari

IKUTI KAMI


Lee Zii Jia Tersingkir Di Pusingan Kedua Terbuka Jerman

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 7:02AM

Lee Zii Jia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, masih bergelut dengan prestasi merudum apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Jerman, malam tadi

Pemain nombor empat dunia itu gagal menepati jangkaan sebagai pilihan utama kejohanan apabila tewas kepada pemain nombor 49 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada pertarungan selama 57 minit di Mulheim.

Pemain Taiwan itu mara ke suku akhir dengan menentang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, hari ini.

Zii Jia, juara All England pada 2021, memulakan kempen  kejohanan berstatus Sper 300 Jelajah Dunia BWF itu dengan menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen, 21-11, 21-5.

Sejak menjuarai Terbuka Thailand tahun lalu, Zii Jia masih belum meraih sebarang kejayaan musim ini.

Pemain berusia 24 tahun ini memulakan musim 2023 tanpa layak ke suku akhir pada tiga kejohanan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia.

Tanpa bimbingan jurulatih, Zii Jia, dijangka menyertai All England di Birmingham pada 14 hingga 19 Mac ini dan Terbuka Switzerland di Basel dari 21 hingga 26 Mac ini.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, turut ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong, 13-21,10-21.

Bagaimanapun, kem negara diceriakan oleh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei apabila melangkah ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan kedua Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan, 21-11, 24-22.

Wakil negara itu akan berdepan dengan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, bagi merebut slot separuh akhir, hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

2

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

3

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Rohana Telah Pulangkan AS$10 juta, Aset IMDB Kepada SPRM

oleh Aiman Sadiq

Semasa 19 jam yang lalu

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

Semasa 14 jam yang lalu

PUSPAKOM Bukan Lagi Satu-satunya Agensi Pemeriksaan Kenderaan

oleh Danial Dzulkifly

Semasa 1 hari yang lalu

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

oleh Sofian Baharom