web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurulatih Taekwondo Digantung Tugas Sementara - KP MSN

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 5:09PM

Ahmad Shapawi Ismail menjawab pertanyaan media selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech di Kompleks Sukan DBKL hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jurulatih taekwondo kebangsaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap seorang atlet wanita telah digantung tugas sementara daripada mengendalikan pasukan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata selepas mendapat arahan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau sendiri telah mengambil tindakan awal menggantung tugas jurulatih terbabit daripada mengendalikan pasukan.

Beliau berkata jurulatih itu telah diminta meninggalkan asrama atlet di Bukit Jalil sebagai tindakan awal, selain mengakui ia bukan kali pertama berlaku ketidaksefahaman antara jurulatih dan atlet kyorugi (tempur) tersebut.

Katanya, MSN dan Taekwondo Malaysia (TM) akan mendapatkan maklumat mengenai insiden berkenaan dan menjalankan siasatan bersama dalam mencapai penyelesaian terbaik.

“Buat masa ini, program latihan dikendalikan oleh penolong jurulatih sedia ada.

“Ini dakwaan sebelah pihak, kita harus berlaku adil kepada semua  pihak, jadi Insya-Allah kita akan cuba selesaikan isu ini sebaik mungkin yang boleh bagi memastikan pasukan kita berlatih dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shapawi, ini bukan kali pertama wujud rasa  tidak puas hati antara atlet dan jurulatih terbabit, namun aduan sebelum ini telah diselesaikan secara dalaman menerusi perbincangan dengan TM, tetapi kali ini ia agak serius  dan keluarga atlet wanita itu juga telah membuat laporan polis.

“Saya tidak boleh menidakkan bahawa adakalanya jurulatih akan mengeluarkan challenge (mencabar) atau melepaskan kegeraman terhadap atlet supaya mereka dapat menghadapi tekanan dan mempamerkan prestasi yang baik.

“Tetapi sebagai seorang jurulatih profesional dan berpengalaman, beliau harus mengendalikan situasi itu dengan lebih baik,” katanya.

Menurut hantaran yang dimuat naik di media sosial kakak kepada atlet wanita itu,  jurulatih tersebut telah bertindak memalukan adiknya di depan rakan sepasukan dalam satu perjumpaan pada waktu malam 23 April lepas dan mengugutnya akan disingkirkan daripada skuad kebangsaan.

Turut tular satu laporan polis yang dibuat oleh bapa atlet itu ke atas jurulatih berkenaan sehingga mendapat perhatian Reezal Merican semalam, yang mengarahkan MSN mengambil tindakan segera.

Sementara itu, Reezal Merican berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut tetapi tidak mahu memberi gambaran bahawa setiap kali berlaku insiden sedemikian, menteri perlu masuk campur untuk menyelesaikannya.

“Saya tidak boleh ambil mudah aduan yang dibuat oleh atlet dan aduan ini bukan kali pertama, atas sebab itu saya minta MSN ambil tindakan.

“Saya masih yakin TM mampu mencapai penyelesaian dalam hal ini.

“Saya juga ambil maklum dan minta supaya kes-kes begini tidak menjejaskan persiapan serta perkembangan sukan taekwondo negara, sama ada mempersiapkan diri ke kejohanan seperti Sukan SEA dan Asia,” katanya selepas menerima suntikan dos kedua vaksin bersama atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad