web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengurusan Zii Jia Kemuka Tawaran Selesai Pertikaian Dengan Bekas Jurulatih

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 9:03AM

Indra Wijaya (kiri) dan Lee Zii Jia - Gambar dari Facebook Flashscore_Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuat tawaran kepada bekas jurulatihnya, Indra Wijaya, kata peguam Indra, Muhammad Yazid Mohamad Salim yang dilantik Tetuan Wan Ahmad Ridzuan and Co.

Bercakap kepada The Vibes, Yazid berkata, perincian tawaran itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan atas sebab undang-undang.

Tawaran itu dibuat menerusi LZJ Management Sdn Bhd (LZJMSB) walaupun melepasi tempoh tujuh hari ditetapkan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), semasa mesyuarat pengantaraan pertama mereka pada 23 Februari lalu.

Selepas mesyuarat, kedua-dua pihak dikehendaki mengemukakan sebarang bentuk jawapan atau tawaran dalam tempoh ditetapkan.

“Pegawai (Nor Asyrin Baharudin) memberi tempoh tujuh hari untuk LZJMSB mengemukakan sebarang bentuk jawapan atau tawaran, namun tiada apa yang dikemukakan sehingga hari terakhir,” katanya.

Yazid berkata, anak guamnya yang juga warga Indonesia diberi masa sehingga 13 Mac untuk menjawab tawaran itu.

“Saya dalam proses berbincang dengan Indra berhubung jawapannya kepada pegawai JPP.

“Jika dia tidak bersetuju dengan tawaran itu, perkara berkenaan harus dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan. Itu prosedurnya,” katanya.

Lee Zii Jia - Gambar fail
Lee Zii Jia - Gambar fail

Bulan lalu, Indra mendakwa dipecat tanpa alasan kukuh sebagai jurulatih badminton bersama Kelab Badminton Lee Zii Jia.

Seperti ditetapkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Indra memfailkan rayuan dengan JPP dalam tempoh 60 hari dari masa penamatan, iaitu pada 26 November.

Yazid berkata, di bawah akta itu, Indra boleh mendapat pampasan atas penamatan kontrak tanpa alasan munasabah, sebagai ganti gajinya selama 24 bulan.

Untuk rekod, kontrak pekerjaannya itu ditandatangani selama tiga tahun sehingga 2024.

“Mengikut undang-undang perindustrian Malaysia, majikan mesti mempunyai alasan munasabah untuk memecat pekerja.

“Sekiranya pemberhentian itu tanpa sebab adil, pekerja (di bawah kontrak pekerjaan tetap) berhak mendapat pampasan penuh untuk baki tempoh kontrak pekerja itu,” jelasnya.

Sementara itu, Indra baru sahaja memulakan kerjaya baharunya bersama Persatuan Badminton Indonesia pada 1 Mac lalu sebagai ketua jurulatih bagi perseorangan wanita. – The Vibes, 8 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad