web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Miller Menang GP Sepanyol, Bagnaia Ambil Alih Pendahulu Kejuaraan

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:59AM

Miller menjulang trofi sambil tersenyum lebar di atas podium selepas GP Sepanyol tamat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEREZ - Penunggang Ducati dari Australia, Jack Miller menjulang kejuaraan kedua MotoGP di Jerez semalam manakala rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan.

Miller, yang menjalani pembedahan bulan lepas, memotong Fabio Quartararo yang kehilangan rentak ketika pertengahan perlumbaan.

Di trek di mana kali terakhir Ducati menang adalah pada 2006, Bagnaia mengekori Miller hingga pusingan akhir untuk merampas pendahulu kejuaraan dari Quartararo.

Pelumba Petronas Yamaha, SRT Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Sementara Quartararo yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-13, kelihatan seperti berada dalam kesakitan selepas tamat perlumbaan.

Dalam temu bual selepas perlumbaan, Miller dengan penuh emosi berkata: “Perasaan saya sangat berkecamuk sekarang, gembira, sedih, segalanya.

“Fabio sangat pantas hari ini dan saya fikir dia akan meninggalkan semua orang ketika memotong saya.

“Saya tidak menjangkakan yang beliau akan hilang rentak.

“Masih ada 12-13 pusingan lagi selepas saya memotong Fabio dan saya fikir ia adalah satu masa yang panjang untuk mendahului perlumbaan ini, namun saya berjaya melakukannya,” kata Miller.

Fabio Di Giannantonio dengan selesa menunggang jenteranya ke kemenangan pertamanya dalam kelas Moto2 di hadapan Marco Bezzecchi dan Sam Lowes.

Penunggang dari Australia, Remy Gardner pula meskipun menamatkan perlumbaan di tempat keempat, masih mendahului kejuaraan Moto2 dengan 69 mata, tiga di hadapan Lowes.

Pelumba Malaysia, Hafizh Syarin Abdullah, menamatkan perlumbaan di tangga ke -17.

Pelumba sensasi berusia 16 tahun, Pedro Acosta pula menang perlumbaan Moto3 ketiga berturut-turut.

Romano Fenati menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Jeremy Alcoba di tempat ketiga.

Acosta adalah pelumba pertama menamatkan empat perlumbaan pertama mereka di posisi podium dan beliau kini mempunyai 51 mata di puncak kejuaraan Moto3. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad