web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kompromi Persatuan Sukan Di Johor Salah Guna Kuasa - Exco

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 11:20AM

Hairi (tiga kanan) menyerahkan geran replika kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Johor Mohd Anizam Jamian pada Majlis Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Johor tidak berkompromi dengan mana-mana persatuan sukan di negeri itu yang didapati menyalahguna kuasa atau menyeleweng dana khususnya membabitkan kebajikan atlet.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata tindakan tegas akan diambil termasuk memberi laluan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) untuk menjalankan siasatan jika terdapat laporan.

Beliau berkata langkah itu berikutan pihaknya sentiasa menitikberatkan integriti dan ketelusan pengurusan dana persatuan terutama yang diperoleh daripada kerajaan negeri.

“Saya memberi jaminan dan peringatan kepada semua pihak, kerajaan negeri tidak akan berkompromi jika ada laporan dibuat, malah tindakan keras akan diambil termasuk memberi laluan kepada PPS untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Penggredan Persatuan Sukan Negeri Johor di sini semalam.

Beliau berharap persatuan tidak mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan dana, meskipun peruntukan yang disalurkan kadang kala tidak mencukupi atas faktor kekangan kewangan kerajaan negeri.

Mohd Hairi turut menyarankan agar persatuan sukan membuat audit pada tahun ini dan menghantar laporan tersebut kepada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bagi tujuan rekod dan simpanan.

“Persatuan yang menerima geran tahunan daripada kementerian juga harus membuat pemakluman kepada ahli lembaga atau ahli keanggotaan persatuan masing-masing, bagi memastikan ketelusan urus tadbir membabitkan dana persatuan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan berhubung dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan meminta MSNJ mengenal pasti mana-mana persatuan sukan di Johor yang tidak aktif untuk ditutup, sekiranya terdapat keperluan.

Katanya, kerajaan negeri terus memantau pencapaian atlet dan pengurusan persatuan dari semasa ke semasa.

Pada majlis itu, sebanyak 16 persatuan sukan di Johor menerima geran A, B dan C bagi tahun ini dengan Persatuan Bolasepak Negeri Johor mendapat geran A sebanyak RM100,000 diikuti lima persatuan termasuk Persatuan Hoki dan Persatuan Badminton masing-masing menerima geran B berjumlah RM70,000, manakala 10 lagi persatuan masing-masing menerima geran C berjumlah RM50,000. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan