web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasangan Adik Beradik Zun Jet, Sze Hui Tempah Slot Ke Sukan SEA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 8:00AM

Teo Zun Jet dan kakaknya Teo Sze Hui (kiri), menempah slot ke Sukan SEA Kemboja pada Mei hadapan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua beradik atlet multidisiplin kebangsaan Teo Zun Jet dan kakaknya Teo Sze Hui, menempah slot ke Sukan SEA Kemboja pada Mei hadapan, selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori masing-masing di kejohanan NeptuneX113 Aquathlon Putrajaya 2023 (NX113) hari ini.

Pada kejohanan yang berlangsung di Tasik Putrajaya itu, menyaksikan Zun Jet, 17, mengungguli kategori elit lelaki, selepas melengkapkan rutin renang 500 meter (m) dan larian 2.5 kilometer (km) dengan catatan masa 16 minit 12 saat (s), mengatasi pencabar terdekatnya Isaac Tan (16:26s).

Lee Wen Jun (16:33s) dan Brendon Wong Kai (16:43s) masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat kategori terbabit.

Dalam saingan elit wanita pula menyaksikan dua tiket Sukan SEA berjaya direbut Siobhan Doyle (18.30s) dan Sze Hui (19.16s) selepas masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan empat.

Acara itu diungguli atlet Indonesia Renata Berliana dengan catatan 18:09s manakala Ng Wen May melengkapkan kedudukan podium dengan 18:52s.

Wen May tidak tersenarai untuk sukan itu kerana telah disenaraikan Persatuan Triathlon Malaysia (MTA) ke Sukan SEA bagi acara triathlon.

Mengulas mengenai kejuaraan terbabit, Zun Jet yang baru sahaja berkecimpung dalam aquathlon berkata beliau langsung tidak menduga mampu mewakili negara ke Sukan SEA buat kali pertama.

“Saya sebenarnya merupakan perenang dan pemain polo air negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Saya mula berjinak dalam disiplin larian dan berbasikal sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19, kerana itulah dua aktiviti yang boleh dilakukan,” katanya merusi kenyataan hari ini. 

NX113 yang berlangsung hari ini merupakan medan buat atlet negara menempah tiket ke Sukan SEA Kemboja, tahun ini.

Aquathlon, yang membabitkan disiplin larian dan renang bakal dipertandingkan buat pertama kali pada temasya dwitahunan itu. 

Tiga kategori yang bakal dipertandingkan ialah Standard (berenang 1.5km/berlari 10km), Pecut (berenang 750m/berlari 5km) serta Super Sprint (berenang 500m/berlari 2.5km).

Sementara itu, skuad renang kebangsaan turut beraksi cemerlang apabila merangkul perak dan gangsa dalam acara berpasukan campuran 4x1.5km berganti-ganti, pada Kejohanan Renang Perairan Terbuka Asia Tenggara (SEAOWSC) di lokasi yang sama.

Skuad yang dibarisi Lim Kai Yi, Teoh Kai Ning, Lynna Yeow dan Hannes Wan dari Malaysia A, muncul naib juara dalam kategori usia 14-16 tahun selepas mencatat 1 jam 19 minit dan 51.3 saat di belakang Thailand A (1:16:35.4s).

Manakala, skuad Malaysia B yang diwakili Aslan Adnan, Grace Yap, Jamie Tan, Yap Rong Yi di tempat ketiga dengan 1:23:04.5s, membolehkan Malaysia mengumpul tujuh pingat perak dan empat gangsa dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar