web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Yeoh Perjelas Isu Kerusi Kosong Stadium Bukit Jalil

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 7:11AM

Hannah Yeoh berkata pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan telah ditempah awal oleh pihak penganjur artis terkenal dari Taiwan, Jay Chou sejak Mac 2019, turut melibatkan jumlah kru yang ramai - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, hari ini menjelaskan bahawa 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa.

Beliau berkata pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan telah ditempah awal oleh pihak penganjur artis terkenal dari Taiwan, Jay Chou sejak Mac 2019, turut melibatkan jumlah kru yang ramai.

Justeru itu, beliau berharap peminat bola sepak dapat menerima hakikat adalah mustahil untuk mengubah situasi di stadium berkenaan bagi aksi separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand, Sabtu ini.

"Saya telah dapatkan penjelasan (bahawa) kerja pemasangan ini melibatkan 14 hari melibatkan 500 kru,185 kru antarabangsa masuk ke Malaysia hanya untuk pemasangan, 45 jentera berat, 200 unit alat pembesar suara dan 800 unit lampu. Jadi ia bukan macam khemah pentas biasa yang mana kita boleh pasang (atau) buka sesuka hati.

"Jadi kedua-dua acara mempunyai penyokong yang cukup kuat. Jadi kita nak bagi semua sokongan pada Harimau Malaya, Sabtu ini, dan juga konsert yang telah di tempah lebih awal,” katanya kepada Bernama, malam tadi.

Semalam, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman memaklumkan sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Kekosongan 21,000 tempat duduk itu bagaimana pun mendapat kritikan daripada peminat bola sepak tanah air.

 Sementara itu, Hannah berkata situasi sama kekal seandainya Malaysia layak ke pentas akhir dengan aksi final kedua dijadual berlangsung pada 16 Januari ini.

"Yang ni perbadanan (Perbadanan Stadium Malaysia) telah membuat usaha rancangan untuk tengok bagaimana kita nak tampung untuk semua...jadi itu (final) akan terus berjalan tetapi dalam keadaan macam sekarang di mana kawasan yang akan dihadang.

"...kerana lokasi yang paling sesuai untuk FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) adalah di sini (Stadium Nasional Bukit Jalil) kerana ada pengangkutan awam dan jumlah kerusi yang banyak dan ini adalah keadaan yang tak boleh dielakkan kerana (ada) tempahan yang lebih awal," katanya.

Konsert Jay Chou dijadual berlangsung pada 15 Januari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad