web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala AFF: Kekal Tenang Dan Dapatkan 3 Mata - Ruventhiran

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 12:03PM

Pemain skuad kebangsaan V Ruventhiran ditemu bual media ketika menjalani sesi latihan di Wisma FAM semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Raih kejayaan atau lupakan impian.

Melihat kedudukan Kumpulan B ketika ini, Harimau Malaya berada dalam bahaya terlepas tempat ke separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Hanya kemenangan menentang Singapura pada Selasa ini (3 Januari) di Stadium Nasional, Bukit Jalil akan menyelamatkan kempen pasukan kebangsaan dalam kejohanan dilabel ‘Piala Dunia ASEAN’ itu.

Kali terakhir Malaysia melepasi peringkat kumpulan adalah pada edisi 2018, yang menyaksikan Malaysia meraih naib juara, tewas kepada juara ketika itu, Vietnam 2-3 menerusi agregat di final.

Walaupun saat genting menanti pasukan Kim Pan Gon untuk mengatasi ‘The Lions’, bagaimanapun pemain sayap kiri V. Ruventhiran berkata rakan sepasukannya dilihat tenang menjelang aksi dengan ‘Causeway Derby’ itu.

“Kami perlu bijak menentang mereka, raih kemenangan besar dan dapatkan tiga mata. Kami tidak tertekan untuk berdepan Singapura,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini semalam.

Keputusan seri tanpa jaringan menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar, Jumaat lepas menyaksikan Singapura mengumpul tujuh mata dan menempatkan pasukan itu di tempat kedua manakala Malaysia jatuh di tempat ketiga dengan enam mata.

Vietnam yang mempunyai kelebihan perbezaan gol, kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan tujuh mata.

Sementara itu, pemain berusia 21 tahun tersebut berkata barisan kejurulatihan mengingatkan mereka supaya tidak melakukan sebarang kesilapan ketika menentang skuad Takayuki Nishigaya itu.

Ruventhiran berkata ketahanan mental pemain juga masih kuat walaupun tewas 0-3 di tangan Vietnam dalam aksi kontroversi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Rabu lepas.

Kontroversi tercetus apabila pengadil Jepun, Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah dan Muhammad Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah pada minit ke-62 selepas pemain muda Terengganu FC itu didakwa mengasari Doan Van Hau di luar padang.

Que Ngoc Hai memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menggandakan kelebihan Vietnam selepas Nguyen Tien Linh meletakkan pasukan di hadapan pada separuh masa pertama dan pasukan tuan rumah menamatkan saingan dengan kemenangan 3-0 hasil jaringan Nguyen Hoang Duc pada penghujung perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad