web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yeoh Gesa Penglibatan Semua Kementerian Bangunkan Sukan Negara

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:35PM

Hannah Yeoh berkata beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi syarikat korporat turut sama membantu merancakkan pembangunan sukan tanah air - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Menteri Belia dan Sukan baharu Hannah Yeoh menggesa agar semua kementerian berganding bahu dalam membangunkan sukan negara.

Yeoh berkata beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi syarikat korporat turut sama membantu kerana peranan Kementerian Belia dan Sukan sahaja tidak mencukupi dalam merancakkan pembangunan sukan tanah air.

“Kementerian masing-masing tidak boleh gerak sendiri dan perlu wujudkan lebih banyak koordinasi antara kementerian lain.

“Seperti contoh, anda mesti berbincang dengan Kementerian Kewangan dan membawa semua rakan kongsi bersama jika mengenai pelepasan cukai, jika mengenai pendidikan anda perlu babitkan Kementerian Pengajian Tinggi juga dan bukan hanya Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelancaran kejohanan Yayasan Sime Darby Track Series (YSDTS) di Velodrom Nasional di sini hari ini.

Yeoh pada masa sama menyambut baik inisiatif Yayasan Sime Darby yang bekerjasama dengan Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) menjayakan YSDTS yang menyediakan platform untuk meneroka bakat baharu sukan berbasikal trek negara.

Beliau juga mahu melihat lebih banyak lagi kejohanan sukan tempatan membuka peluang kepada golongan wanita bertanding bagi mereka mempamerkan bakat dimiliki.

“Sebagai menteri wanita, ini (penglibatan lebih ramai wanita) adalah satu daripada aspek yang saya akan perhati dan teliti,” katanya.

Dalam pada itu, Yeoh berkata beliau akan mengadakan perjumpaan bersama atlet, pihak berkepentingan dan persatuan sukan dalam satu mesyuarat ‘townhall’ minggu depan.

YSDTS merupakan program selama tiga tahun yang bertujuan menarik minat rakyat Malaysia menceburi sukan basikal selain menggalakkan penubuhan pasukan profesional basikal trek baharu sebagai satu daripada saluran pencarian bakat muda untuk skuad negara.

Sebanyak 52 perlumbaan bagi kategori elit dan junior Bawah-15 tahun (B-15), B-17 dan B-19 dijangka diadakan dalam tempoh tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad