web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia ISTAF: Kuadran Malaysia Gagal Ke Pentas Final

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 7:18AM

Skuad sepak takraw lelaki negara tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi separuh akhir acara kuadran, semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat skuad sepak takraw lelaki negara melangkah jauh di Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022 di Korea Selatan tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand dalam aksi separuh akhir acara kuadran, semalam.

Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Daejon Hanbat di Daejeon itu, gandingan Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin, Azlan Alias dan Norfaizzul Razak tewas di tangan skuad Gajah Putih 0-2 (16-21, 17-21) dalam tempoh 50 minit.

Pada perlawanan tersebut, Thailand unggul mendominasi perlawanan menerusi gandingan mantap Pornthep Tinbangbon, Phutawan Sopa, Rachan Viphan dan Yodsawat Uthaijaronsri yang juga merupakan pemenang pingat emas kuadran Sukan SEA Vietnam di Hanoi, Mei lalu.

Terdahulu, kuadran sepak takraw negara menghidupkan peluang mara ke separuh akhir acara itu selepas menundukkan Jepun dengan kemenangan straight set.

Bagaimanapun, skuad negara berpeluang menebus kekecewaan itu apabila berdepan Thailand esok dalam perlawanan akhir acara regu yang membariskan Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir.

Trio negara itu dijadual membuat perhitungan akhir berdepan Thailand esok pada 8 pagi waktu Malaysia.

Skuad negara bagi acara regu itu layak ke perlawanan akhir selepas melakar kemenangan ke atas tuan rumah, Korea Selatan, pada saingan separuh akhir, semalam. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 33 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad